Perlaksanaan etika kerja Islam: persepsi masyarakat terhadap kewartawanan Islam media arus perdana dan alternatif

Dalam suasana amalan kewartawanan hari ini, pelbagai tohmahan dan aduan mengenai reputasi wartawan sering menjadi topik persoalan. Kadangkala wartawan dianggap umpama boneka yang sering menjadi bahan permainan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Perkara ini berlaku kerana sifat tamak un...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Khadafi Hj Rofie,, Zainal Md Zan,, Mohd Hilmi Hamzah,, Kamarudin Ngah,, Shukri Ahmad,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10494/1/16456-46235-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10494/
http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/877
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam suasana amalan kewartawanan hari ini, pelbagai tohmahan dan aduan mengenai reputasi wartawan sering menjadi topik persoalan. Kadangkala wartawan dianggap umpama boneka yang sering menjadi bahan permainan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Perkara ini berlaku kerana sifat tamak untuk mengaut keuntungan dan kesenangan bagi sebelah pihak sahaja tanpa menghiraukan etika kerja yang sebenar. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemahaman perlaksanaan etika kerja Islam dan perlaksanaannya terhadap kepuasan kerja di kalangan wartawan Islam media arus perdana dan alternatif. Metodologi kajian menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan borang soal selidik di mana sampel yang diambil sebanyak 221 orang responden yang terdiri daripada masyarakat sekitar negeri Kedah. Hasil dapatan kajian berdasarkan persepsi masyarakat terhadap tahap pemahaman mengenai etika kerja Islam di kalangan wartawan media arus perdana dan alternatif tidak menunjukkan perbezaan di mana responden menyatakan tahap yang sederhana. Namun dari sudut tahap kepuasan responden terhadap wartawan media arus perdana dan alternatif menunjukkan responden menyatakan tahap kepuasan yang tinggi terhadap etika kerja di kalangan wartawan Islam media alternatif berbanding media arus perdana responden menyatakan tahap etika kerja di kalangan wartawan tersebut masih berada di tahap yang sederhana. Secara rumusannya dapatlah disimpulkan bahawa pihak atasan daripada media arus perdana dan alternatif haruslah peka dengan keadaan ini di mana dilihat kepada dapatan kajian menunjukkan tahap pemahaman terhadap perlaksanaan etika kerja Islam di kalangan wartawan Islam media arus perdana dan alternatif berada di tahap sederhana. Begitu juga tahap kepuasan responden terhadap wartawan Islam media arus perdana terutamanya menunjukkan tahap sederhana. Jika dibiarkan ianya akan menyebabkan kerugian kepada premis kerana amalan kerja amat penting dalam Islam untuk menarik pelanggan dan meningkatkan lagi kebolehpercayaan masyarakat terhadap maklumat yang disampaikan.