“YouTube” dan generasi muda Islam: satu pendekatan kelompok fokus dalam kalangan pelajar universiti
Kehadiran “YouTube” hari ini memberikan ruang generasi muda Islam mencari maklumat agama dalam “YouTube”. Pencarian maklumat ini memberi persepsi kepercayaan yang berlainan kepada generasi muda ini terutama kelahiran maklumat „Ustaz YouTube‟ yang menyampaikan maklumat agama yang tidak pasti kesahiha...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10480/1/14782-40780-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/10480/ http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/818 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kehadiran “YouTube” hari ini memberikan ruang generasi muda Islam mencari maklumat agama dalam “YouTube”. Pencarian maklumat ini memberi persepsi kepercayaan yang berlainan kepada generasi muda ini terutama kelahiran maklumat „Ustaz YouTube‟ yang menyampaikan maklumat agama yang tidak pasti kesahihan maklumat tersebut. Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengenal pasti jenis maklumat agama yang dilayari dalam “YouTube” dan mengenal pasti persepsi kepercayaan “YouTube” sebagai sumber maklumat agama. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif. Pendekatan yang digunakan adalah temubual kumpulan fokus terhadap empat kumpulan yang terdiri daripada 31 pelajar Universiti Utara Malaysia beretnik Melayu dan beragama Islam serta mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan agama. Soalan yang dikemukakan kepada pelajar berbentuk soalan terbuka dan analisis kajian ini menggunakan analisis tematik. Hasil kajian mendapati bahawa lapan informan sesi 1 melayari “YouTube” maklumat agama Islam berkaitan hukum-hukum dalam Islam, ceramah, tokoh-tokoh Islam, isu-isu semasa, solat dan tanda-tanda kiamat. Empat informan sesi 2 melayari “YouTube” berkaitan maklumat ceramah, zikir dan solat. Informan sesi 3 pula selalu melayari “YouTube” berkaitan sejarah Islam termasuk kisah-kisah nabi, isu-isu semasa, hukum-hukum dalam Islam, ceramah dan soal jawab agama di samping bahan-bahan mirip berbentuk hiburan seperti nasyid dan kartun berunsurkan Islamik. Tujuh informan sesi 4 melayari “YouTube” mencari maklumat hukum-hukum dalam islam, tajwid al-quran, motivasi, ceramah, isu-su semasa, ilmu perbandingan agama, zikir, di samping bahan-bahan mirip berbentuk hiburan seperti nasyid berunsurkan Islamik. Majoriti informan setiap sesi kumpulan fokus melayari maklumat agama berbentuk pendidikan dan hiburan. Dari segi kepercayaan “YouTube” sebagai sumber maklumat agama, rata-rata informan setiap sesi kumpulan fokus menyatakan bahawa rujukan guru agama yang mempunyai pendidikan agama, kredibiliti penceramah agama menyampaikan mesej agama dan penyelidikan atau kajian mendalam kandungan maklumat tersebut adalah asas penting untuk memastikan kesahihan maklumat agama di “YouTube”. |
---|