Kesan psikostres terhadap kerosakan DNA dan ketaknormalan titisan sitoplasma sperma manusia

Ketidaksuburan idiopati dalam kalangan lelaki telah dikaitkan dengan kesan psikostres. Walaupun begitu, hubungan langsung antara psikostres dan ketaknormalan kualiti semen masih samar. Maka, kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan psikostres terhadap kualiti semen terutama kesan berdasarkan tit...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norhamizan Hashim,, Khairul Osman,, Siti Fatimah Ibrahim,, Rosliah Harun,, Rafeah Pakri Mohamed,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10445/1/18%20Norhamizah%20Hashim.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10445/
http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol45num12_2016/contentsVol45num12_2016.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ketidaksuburan idiopati dalam kalangan lelaki telah dikaitkan dengan kesan psikostres. Walaupun begitu, hubungan langsung antara psikostres dan ketaknormalan kualiti semen masih samar. Maka, kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan psikostres terhadap kualiti semen terutama kesan berdasarkan titisan sitoplasma dan kerosakan DNA sperma. Dalam kajian ini, responden lelaki berumur antara 25-45 tahun dipilih secara rawak dalam kalangan pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Kesuburan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Seramai 331 responden akhirnya telah dipilih daripada 628 responden selepas mengambil kira faktor penolakan. Setiap responden perlu menjawab borang keizinan dan soal selidik GHQ-12 bagi penentuan tahap stres sebelum pengambilan sampel semen mengikut piawaian WHO (2010). Tahap stres diukur berdasarkan keadaan semasa responden dalam tempoh 3-4 minggu sebelum kajian. Analisis semen, pewarnaan papanicolau dan asai komet neutral digunakan untuk penentuan kualiti semen dan kerosakan DNA sperma. Keputusan menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara psikostres dan ketaknormalan titisan sitoplasma (U=895.50, p=0.08). Namun begitu, psikostres memberi kesan kepada peratus morfologi normal (U=6317.50, p<0.05) dan kerosakan DNA sperma (U=1047.00, p<0.01). Kesimpulannya, psikostres kronik boleh menjejaskan kualiti semen dan kerosakan DNA sperma serta mempengaruhi kesuburan.