Sintesis dan pencirian poli(etilena glikol) bermetoksi-ko-poli(β-amino ester) yang dibentuk daripada heksilamina linear dan siklik sebagai misel polimer

Poli(etilena glikol) bermetoksi-ko-poli(β-amino ester) (MPEG-PbAE) telah disintesis dengan menggunakan poli(etilena glikol) bermetoksi yang mempunyai kumpulan hujung berfungsi akrilat (MPEG-ac), 1,6-heksanadiol diakrilat, heksilamina linear (A) dan heksilamina siklik (B) sebagai bahan reaktan. Kopol...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wong, Jia-Chi, Chia, Chin-Hua, Chin, Swee-Yin, Khiew, Poi-Sim, Sarani Zakaria,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10436/1/09%20Jia%20-Chyi%20Wong.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10436/
http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol45num12_2016/contentsVol45num12_2016.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Poli(etilena glikol) bermetoksi-ko-poli(β-amino ester) (MPEG-PbAE) telah disintesis dengan menggunakan poli(etilena glikol) bermetoksi yang mempunyai kumpulan hujung berfungsi akrilat (MPEG-ac), 1,6-heksanadiol diakrilat, heksilamina linear (A) dan heksilamina siklik (B) sebagai bahan reaktan. Kopolimer MPEG-PbAE A dan B dijangka akan membentuk misel dengan MPEG berfungsi sebagai bahagian luar yang hidrofilik dan PbAE yang mempunyai kumpulan heksil berfungsi sebagai bahagian dalam yang hidrofobik. MPEG-ac selepas diubah suai dan kopolimer MPEG-PbAE A dan B selepas disintesis telah dicirikan. Spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FT-IR) dan spektroskopi resonans magnet nukleus jenis proton (1H-NMR) telah mengesahkan pengubahsuaian kumpulan hujung hidroksil di MPEG kepada kumpulan hujung akrilat. Didapati kopolimer A adalah lebih sesuai digunakan sebagai pembawa ubat berdasarkan perbandingan antara kopolimer A daripada heksilamina linear dan kopolimer B daripada heksilamina siklik. Kromatografi penelapan gel (GPC) menunjukkan bahawa nombor-purata berat molekul, Mn kopolimer A adalah 11216 dengan indeks kepoliserakan (PDI) 1.1925. Kepekatan misel kritikal (CMC) kopolimer A dalam larutan akueus pH7.4 adalah 84.6 mg/L. Purata saiz misel yang diperoleh daripada analisis penyerakan cahaya dinamik (DLS) adalah 26.25±0.149 nm.