Kualiti ilmu berasaskan kesahan dan kebolehpercayaan data dalam penyebaran ilmu Islam: perbincangan berasaskan kajian kualitatif
Dalam kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif, data yang diperoleh perlu diyakini dan benar agar hasil dapatan kajian boleh dipercayai dan tidak dipertikaikan kesahihannya. Kajian kualitatif mengariskan beberapa proses untuk mempastikan data yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehperca...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10417/1/14120-38804-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/10417/ http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/803 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dalam kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif, data yang diperoleh perlu
diyakini dan benar agar hasil dapatan kajian boleh dipercayai dan tidak dipertikaikan
kesahihannya. Kajian kualitatif mengariskan beberapa proses untuk mempastikan
data yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Proses
ini sememangnya telah dilalui dan dilakukan oleh para sahabat, tabiin, tabi’ tabiin dan
ulama dalam proses mengumpul dan menyebarkan ilmu Islam, malah proses yang
dilalui jauh lebih terperinci dan sistematik untuk mempastikan kesahihan ilmu sejak
zaman Rasulullah. Justeru, penulisan ini membincangkan proses kesahihan ilmu
dalam pengumpulan dan penyebaran ilmu Islam yang terbukti kebenarannya yang
sebahagiannya dilakukan dalam proses pengumpulan data melalui kaedah kualitatif
bagi memperoleh kesahan dan kebolehpercayaan suatu kajian. Perbincangan
ini memberi tumpuan kepada enam jenis proses bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif iaitu triangulasi, tempoh kajian yang lama
(prolonged engagement), persetujuan peserta kajian (member checking), penelitian
rakan sebaya (peer review), jejak audit (audit trail) dan bias pengkaji (researcher’s
bias). Kesimpulannya, perbincangan ini mengupas bagaimana para ilmuan Islam
amat menitikberatkan kesahihan ilmu yang disampaikan sehingga ilmu itu boleh
dipercayai dan diyakini untuk manjadi amalan yang diterima sehingga ke hari ini. |
---|