Tun Seri Lanang: dari Istana Batu Sawar ke Naggaroe Acheh Darussalam
Tun Seri Lanang adalah seorang ahli politik dan pujangga ternama yang berasal dari istana Johor di Batu Sawar. Pada tahun 1613, Tun Seri Lanang telah di tawan oleh bala tentera Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dari Acheh, kemudian dibawa ke Acheh bersama-sama Sultan Alauddin Riayat Shah III dan...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10402/1/18103-51378-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/10402/ http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/935 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tun Seri Lanang adalah seorang ahli politik dan pujangga ternama yang berasal dari istana
Johor di Batu Sawar. Pada tahun 1613, Tun Seri Lanang telah di tawan oleh bala tentera Sultan
Iskandar Muda Mahkota Alam dari Acheh, kemudian dibawa ke Acheh bersama-sama Sultan
Alauddin Riayat Shah III dan adindanya Raja Abdullah. Sumber sejarah di Tanah Melayu
menganggap Tun Seri Lanang meninggal dunia di Acheh. Peranannya selepas ditawan dan
dibawa ke Acheh tidak banyak diperkatakan. Sungguh pun begitu, sumber-sumber sejarah dari
Acheh menunjukkan bahawa Tun Seri Lanang tidak dipenjarakan atau meninggal dunia di
dalam penjara, sebaliknya beliau telah dilantik menjadi Raja Samarlanga. Beliau juga dilantik
menjadi penasihat kepada paduka Sultan Mahkota Alam dan dua orang penggantinya. Beliau
mungkin telah diselamatkan atas pengaruh Raja Puteri Kamaliah, iaitu puteri Pahang yang
telah dikahwini Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang kemudiannya menjadi permaisuri
Acheh. Artikel ini merupakan laporan penyelidikan mengenai kehidupan dan sumbangan Tun
Seri Lanang semasa di Acheh. Pada masa ini Tun Seri Lanang menjadi tokoh kepada tiga buah
negara iaitu Malaysia, Singapura dan Naggaroe Acheh Darussalam. |
---|