Interaksi guru dan sikap pelajar Malaysia terhadap biologi: satu kajian perbandingan etnik
Pembangunan sumber manusia dalam Abad Duapuluh-satu tentunya berpasak kepada pendidikan sains yang berkualiti. Bagi sebuah negara yang ingin menjadi negara maju seperti Malaysia keperluan ini adalah mutlak dipenuhi. Kajian ini bertujuan untuk pandangan pelajar pelbagai etnik terhadap interaksi gur...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10373/1/13x.geografia-jun2016-ellis-edam.pdf http://journalarticle.ukm.my/10373/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2016&vol=12&issue=8&ver=loc |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembangunan sumber manusia dalam Abad Duapuluh-satu tentunya berpasak kepada pendidikan sains yang
berkualiti. Bagi sebuah negara yang ingin menjadi negara maju seperti Malaysia keperluan ini adalah mutlak
dipenuhi. Kajian ini bertujuan untuk pandangan pelajar pelbagai etnik terhadap interaksi guru dan sikap mereka
terhadap Biologi serta menentukan hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah ini. Reka bentuk kajian
menggunakan tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Prosedur persampelan kelompok dua tingkat
dilakukan untuk memilih seramai 300 orang pelajar Biologi Tingkatan Empat dari tiga buah sekolah menengah
kebangsaan di daerah Bintulu sebagai sampel kajian. Pelajar-pelajar ini dibezakan kepada empat kumpulan etnik
iaitu Melayu, Cina, Iban dan Bumiputera. Data-data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, ujian
korelasi Spearman’s rho dan ujian Kruskal-Wallis. Dapatan kajian melaporkan persepsi pelajar terhadap interaksi
guru adalah bertahap sederhana, begitu juga dengan sikap pelajar terhadap Biologi. Ujian korelasi Spearman’s rho
menunjukkan terdapat hubungan linear positif yang lemah antara interaksi guru dengan sikap pelajar terhadap
Biologi. Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai satu rujukan kepada para pendidik untuk menilai apa yang
berlaku dalam kelas mereka dan menolong mereka membuat refleksi ke atas proses pengajaran dan pembelajaran
yang dikendalikan kemudiannya menambah baik profesion perguruan mereka. |
---|