Mengarusperdana gender di Malaysia: satu tinjauan konseptual
Gender Mainstreaming atau mengarusperdana gender telah diperkenalkan pada peringkat antarabangsa pada tahun 1995 semasa Persidangan Wanita keempat di Beijing, China. Bagaimanapun, pengoperasian tersebut telah didefinisikan secara berbeza-beza oleh para pengkaji. Permasalahan utama yang dikenalpast...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Science and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10333/1/14x.full-geo-mei16-syakiran-edam1.pdf http://journalarticle.ukm.my/10333/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2016&vol=12&issue=7&ver=loc |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Gender Mainstreaming atau mengarusperdana gender telah diperkenalkan pada peringkat antarabangsa pada tahun
1995 semasa Persidangan Wanita keempat di Beijing, China. Bagaimanapun, pengoperasian tersebut telah
didefinisikan secara berbeza-beza oleh para pengkaji. Permasalahan utama yang dikenalpasti ialah pendefinisian
sebenar Gender Mainstreaming yang dikatakan gagal kerana kekeliruan konseptual ekoran kurangnya kepakaran
dalam bidang ini. Memandangkan Gender Mainstreaming masih baru dalam konteks dasar di Malaysia, maka kajian
ini menjurus kepada membincangkan definisi-definisi yang dikemukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu yang terdiri
dari dalam dan luar Malaysia, dan kepada mencadangkan definisi yang boleh menjelaskan tentang gender
mainstreaming. Berdasarkan kepada keseluruhan kajian, penyelidik merumuskan bahawa kajian-kajian lalu boleh
dibahagikan kepada tiga perspektif utama dalam menilai konsep gender mainstreaming.Tiga perspektif tersebut juga
boleh dinilai sebagai kefahaman dan definisi konsep Gender Mainstreaming bagi setiap kajian mereka.Oleh itu,
definisi konsep Gender Mainstreaming boleh merujuk kepada tiga perspektif iaitu (i) proses; (ii) strategi dan; (iii)
pendekatan. Pengkaji-pengkaji dahulu telah memberi hujah bagi setiap perspektif yang dinilai berdasarkan kajian
dan kefahaman masing-masing. Setiap perspektif sebenarnya boleh berlaku secara serentak dan juga berasingan.
Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian yang dipaparkan telah menilai gender mainstreaming sebagai proses
kerana ia berlaku sebelum konsep ini dipekenalkan lagi, dimana pengkaji-pengkaji memaparkan tentang perjalanan
gender mainstreaming bagi setiap negara atau organisasi yang dikaji. |
---|