Peranan dan tanggung jawab antarabangsa China sebagai negara berkuasa besar

China adalah sebuah kuasa semakin meningkat yang hubungan nya dengan Malaysia bukan saja harus dilihat dalam konteks hubungan dagang tetapi juga dalam konteks ASEAN dan pertikaian pulau Spratley. Penelitian ini membincangkan peranan dan tanggung jawab antarabangsa yang dipikul China sebagai sebuah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hisham Kamal Othman Kamal,, Nor Azizan Idris,, Zarina Othman,
Format: Article
Language:English
Published: School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10323/1/4x.full-geo-mei16-hisham-edam.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10323/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2016&vol=12&issue=7&ver=loc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:China adalah sebuah kuasa semakin meningkat yang hubungan nya dengan Malaysia bukan saja harus dilihat dalam konteks hubungan dagang tetapi juga dalam konteks ASEAN dan pertikaian pulau Spratley. Penelitian ini membincangkan peranan dan tanggung jawab antarabangsa yang dipikul China sebagai sebuah negara berkuasa besar dengan menghuraikan tiga persoalan , iaitu bagaimana dunia perlu memahami peranan China sebagai satu kebangkitan kuasa; gambaran sesuai tanggung jawab China terhadap masyarakat antarabangsa; dan sikap yang dipamerkan China sebagai sebuah kuasa yang semakin meningkat. Hasil penelitian mendapati sejak China melaksanakan dasar transformasi danpintu terbuka kepada dunia luar pada penghujung tahun 1970an, China mencapai Keluaran Negara Kasar (KNK) memberangsangkan yang meletakkannya sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar dunia di samping menjadi penggerak utama pertumbuhan ekonomi serantau serta global. Pengekalan China di atas landasan kebangkitan ekonomi politik secara aman merupakan langkah transformasi penting dalam mengadaptasi corak ekonomi politik yang sesuai dengan bagi memenuhi kepentingan mereka. China berusaha melakarkan sejarah sebagai sebuah negara berkuasa besar pendukung prinsip mengutamakan keamanan, pembangunan sejagat, bekerjasama dengan negara lain termasuk mementingkan suasana menang-menang . China menggunakan segala ruang dan peluang bagi memastikan kejayaan pertumbuhan yang konsisten dan membenarkan dunia berkongsi faedah dari kejayaan mereka.