Impian dan realiti majlis perkahwinan orang Melayu masakini: kajian kes di pinggir Bandar Kuala Lumpur
Perkahwinan merupakan rites de passage atau satu proses kehidupan yang mesti dilalui oleh semua orang, baik lelaki mahupun perempuan tanpa mengira taraf dan darjat. Namun demikian, muktahir ini, isu peningkatan kos perkahwinan seringkali menjadi isu hangat di kebanyakan dada-dada akhbar, ceramah d...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Science and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10320/1/1x.full-geo-mei16-khairuddin-edam.pdf http://journalarticle.ukm.my/10320/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2016&vol=12&issue=7&ver=loc |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perkahwinan merupakan rites de passage atau satu proses kehidupan yang mesti dilalui oleh semua orang, baik
lelaki mahupun perempuan tanpa mengira taraf dan darjat. Namun demikian, muktahir ini, isu peningkatan kos
perkahwinan seringkali menjadi isu hangat di kebanyakan dada-dada akhbar, ceramah dan sebagainya. Kajian ini
mengupas bagaimana faktor impian pasangan pengantin, terutamanya pengantin perempuan, dizahirkan melalui
aktiviti konsumsi komoditi dan perkhidmatan perkahwinan untuk memenuhi keinganan dan citarasa mereka dalam
mendapatkan bentuk majlis perkahwinan impian mereka. Data primer diperolehi melalui pemerhatian dan kajian di
lapangan yang melibatkan keluarga berpendapatan rendah dan temubual mendalam dengan lima orang pengantin
perempuan di Kampung Melayu Sri Wira Damai, Selangor . Hasil kajian mendapati wujud keinginan memenuhi
bentuk majlis perkahwinan impian dalam kalangan informan melalui aktiviti konsumsi komoditi dan perkhidmatan
perkahwinan yang disediakan industri perkahwinan. Perlaksanaan majlis perkahwinan yang dahulunya berkiblatkan
tuntutan agama, adat dan sikap berjimat cermat kini semakin terhakis oleh keinginan tersebut, dan ini secara
langsung menyumbang kepada berlakunya peningkatan kos perkahwinan masa kini. |
---|