Kajian hubung kait tekanan dan suhu terhadap taburan kerpasan di Malaysia ketika fenomena ENSO
Perubahan iklim merupakan ancaman paling besar terhadap alam sekitar dan manusia pada abad ke 21 ini. Suhu tahunan bumi telah beranjak naik dan turun beberapa darjah Celsius sejak beberapa juta tahun yang lampau. Trend suhu yang meningkat di kebanyakan tempat termasuk Malaysia sejak 30 hingga 50 t...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Kejuruteraan ,UKM,Bangi.
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10215/1/6.pdf http://journalarticle.ukm.my/10215/ http://www.ukm.my/jkukm/?page_id=2011 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perubahan iklim merupakan ancaman paling besar terhadap alam sekitar dan manusia pada abad ke 21 ini. Suhu tahunan
bumi telah beranjak naik dan turun beberapa darjah Celsius sejak beberapa juta tahun yang lampau. Trend suhu yang
meningkat di kebanyakan tempat termasuk Malaysia sejak 30 hingga 50 tahun yang lalu. Ini menyebabkan peningkatan
kekerapan dan intensiti kejadian cuaca yang ekstrem seperti kemarau, ribut dan banjir. Antara faktor yang mempengaruhi
sebahagian besar iklim Malaysia adalah El Niño-Ayunan Selatan atau ringkasnya ENSO yang memberi kesan kepada
kepelbagaian hujan. Malaysia adalah salah satu daripada negara-negara di Asia Tenggara yang mengalami kesan El Niño
yang ketara dari segi anomali iklim serantau dan sosio-ekonomi kesejahteraan penduduknya. Kajian ini menggunakan
data hujan daripada satelit Misi Mengukur Hujan Tropika (“Tropical Rainfall Measurement Mission”, TRMM) yang
dikenali sebagai Analisis Kerpasan Satelit Majmuk TRMM (‘TRMM Multi-Satellite Precipitation Analysis’, TMPA). Data ini
digunakan untuk memantau keadaan kering dan lembap di Malaysia bagi tempoh lima belas (15) tahun bermula 2000
hingga 2014. Daripada kesemua hasil keputusan, didapati bahawa apabila berlaku fenomena La Nina sederhana pada
tahun 2008, suhu pada MAM adalah berkadar songsang dengan kerpasan bagi kebanyakan lokasi. Seterusnya, apabila
El Nino lemah pada tahun 2004/2005 dan 2006/2007, SLP pada DJF adalah berkadar songsang dengan kerpasan dan
StnP pada DJF adalah berkadar songsang dengan kerpasan bagi kebanyakan lokasi. Data hujan TRMM bulanan juga
mempunyai hubungan linear yang baik dengan data hujan stesen tadahan. Hasil kajian yang diperolehi daripada projek
ini adalah sangat berguna untuk mengetahui trend kerpasan apabila dibandingkan dengan suhu dan tekanan supaya kita
boleh buat persediaan bagi pihak kerajaan malah kepada orang perseorangan. |
---|