Kajian penghargaan kendiri dan kepuasan hidup pelajar

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan di antara penghargaan kendiri dengan kepuasan hidup dalam kalangan remaja. Kajian ini juga ingin mengenal pasti sama ada dimensi-dimensi penghargaan kendiri iaitu rakan, sekolah dan keluarga adalah peramal utama terhadap kepuasan hidup remaja. Kajian ini meliba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Fairuz Jafar,, Shahizan Hasan,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10093/1/214-883-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10093/
http://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/issue/view/26
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan di antara penghargaan kendiri dengan kepuasan hidup dalam kalangan remaja. Kajian ini juga ingin mengenal pasti sama ada dimensi-dimensi penghargaan kendiri iaitu rakan, sekolah dan keluarga adalah peramal utama terhadap kepuasan hidup remaja. Kajian ini melibatkan seramai 316 orang pelajar Tingkatan Dua dari beberapa buah sekolah menengah. Data-data kajian dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik. Alat ukur yang digunakan di dalam kajian ini ialah Self Esteem Questionnaires (SEQ dan Multidimensional Students’ Life Satisfaction Scale (MSLSS). Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang sederhana di antara penghargaan kendiri dan kepuasan hidup dalam kalangan remaja (r = .505). Analisis regresi menunjukkan bahawa faktor penghargaan kendiri iaitu rakan, sekolah dan keluarga adalah peramal yang signifikan kepada kepuasan hidup dalam kalangan remaja. Faktor penghargaan kendiri iaitu rakan dikenal pasti sebagai peramal yang paling kuat (β = .192) berbanding faktor penghargaan kendiri sekolah dan keluarga terhadap kepuasan hidup remaja.