Pembangunan dan penilaian perisian kursus W-songket mengguna strategi perantisan kognitif
Usaha memelihara kraf tradisional adalah penting bagi memboleh pengetahuan dan kemahiran pembelajaran mengenainya diwarisi oleh generasi baharu. Kebanyakan pengetahuan tentang kraf tradisional diperturun secara rahsia kepada keturunan yang berminat sahaja. Pendidikan dalam bidang pemeliharaan kraf t...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10059/1/15739-43953-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/10059/ http://ejournals.ukm.my/apjitm/issue/view/871 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Usaha memelihara kraf tradisional adalah penting bagi memboleh pengetahuan dan kemahiran pembelajaran mengenainya diwarisi oleh generasi baharu. Kebanyakan pengetahuan tentang kraf tradisional diperturun secara rahsia kepada keturunan yang berminat sahaja. Pendidikan dalam bidang pemeliharaan kraf tradisional perlu dilakukan bagi memboleh pemindahan ilmu yang teratur bagi mengelak berlakunya kepupusan. Kajian lepas mendapati pembelajaran kemahiran kraf tradisional semakin tidak diminati oleh generasi muda yang menganggapnya tidak menarik dan rumit. Pembelajaran kemahiran kraf tradisional memerlu pelajar bergantung sepenuhnya kepada tunjuk ajar dan panduan terperinci pengajar. Justeru, pengajar mengalami kesukaran mengajar dan pada masa yang sama memantau dan menilai pelajar secara individu. Pendekatan pembelajaran mengguna teknologi komunikasi dan maklumat seperti perisian kursus adalah berkesan bagi membantu memenuhi keperluan pelajar serta mampu menyokong pengajaran guru. Kajian ini bertujuan membangun sebuah perisian kursus web kraf tradisional bagi pengajaran seni kraf songket mengguna strategi berarahan perantisan kognitif. Metod kajian terdiri daripada metod pembangunan perisian dan metod penilaian perisian yang dibuat melalui penilaian kepuasan penggunaan strategi perantisan kognitif. Analisis data penilaian kepuasan dilakukan setelah semua data dikumpul. Terdapat dua jenis data yang diperoleh iaitu data kuantitatif dan data kualitatif. Hasil kajian adalah perisian kursus W-Songket dan hasil penilaian kepuasan penggunaan strategi pengajaran perantisan kognitif menerima maklum balas tahap kepuasan yang baik daripada pelajar dan pengajar. |
---|