Hambatan memahami bahasa: satu penelitian ke atas teks berita dalam talian berbahasa Indonesia, Tempo.Co

Bahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia, tergolong dalam satu keluarga bahasa yang sama iaitu Austronesia. Namun, kesan pergolakan politik semasa penjajahan Inggeris-Belanda, sehinggalah selepas kemerdekaan kedua-dua buah negara, Bahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia Indonesia berkembang mengikut...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kartini Abd. Wahab,, Zulkifley Hamid,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10029/1/V31_2_29.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10029/
http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-2-2015.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia, tergolong dalam satu keluarga bahasa yang sama iaitu Austronesia. Namun, kesan pergolakan politik semasa penjajahan Inggeris-Belanda, sehinggalah selepas kemerdekaan kedua-dua buah negara, Bahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia Indonesia berkembang mengikut acuan masing-masing, sehingga wujud perbezaan antara kedua-duanya. Perbezaan ini kadang-kala menimbulkan hambatan dalam komunikasi antara penutur kedua-dua bahasa. Dari segi wacana tulisan contohnya, penutur Bahasa Melayu di Malaysia dikatakan menghadapi kesukaran dalam memahami teks dalam Bahasa Indonesia. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan untuk membincangkan hambatan dalam memahami Bahasa Indonesia. Objektif utama penelitian ini adalah untuk mengenal pasti dan menghuraikan aspek bahasa yang menjadi hambatan dalam memahami Bahasa Indonesia. Untuk tujuan tersebut, analisis dilakukan ke atas teks berita daripada portal berita dalam talian Indonesia iaitu Tempo.Co. Teks berita dikutip daripada pelbagai ruangan yang disiarkan dalam Tempo.Co, antara Jun hingga Julai 2015. Hasil penelitian mendapati bahawa terdapat empat aspek perbezaan yang menjadi hambatan dalam memahami Bahasa Indonesia iaitu perbendaharaan kata, imbuhan, akronim dan kata pinjaman.