Model Pemandu Pelancong dalam Industri Pelancongan Ibadah di Sik: Satu Penelitian Awal

Daerah Sik di Kedah telah diangkat sebagai daerah pelancongan dengan menjadikan imej Sik sebagai tempat Pelancongan Ibadah. Strategi pembangunan daerah Sik ialah memfokuskan pembangunan ekonomi lestari dan berdaya saing yang memperkasakan sektor pelancongan. Terdapat dua pendekatan yang digunakan ia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Nor Hanani, Mohd. Zain, Zawiyah, Omar, Salmah, Azmy, Muna Maryam
Format: Article
Language:en
Published: Global Academic Excellence 2024
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31451/1/JTHEM%2009%2036%202024%20135-145.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31451/
https://gaexcellence.com/index.php/jthem/article/view/623
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Daerah Sik di Kedah telah diangkat sebagai daerah pelancongan dengan menjadikan imej Sik sebagai tempat Pelancongan Ibadah. Strategi pembangunan daerah Sik ialah memfokuskan pembangunan ekonomi lestari dan berdaya saing yang memperkasakan sektor pelancongan. Terdapat dua pendekatan yang digunakan iaitu, pertama, memperkukuhkan produk dan destinasi pelancongan yang berpotensi serta pengenalan produk baharu. Kedua, mempertingkatkan kemudahan dan promosi pelancongan. Dari itu, keperluan kepada pemandu pelancong dalam kalangan komuniti tempatan yang berupaya memahami mesej yang hendak disampaikan menerusi Pelancongan Ibadah ini amatlah diperlukan. Persoalannya, apakah konsep Pelancongan Ibadah di Sik berdasarkan Draf Perancangan Tempatan Majlis Daerah Sik, Kedah 2035. Seterusnya, bagaimanakah model pemandu pelancong dalam industri Pelancongan Ibadah di Sik. Maka, kertas kerja ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti konsep Pelancongan Ibadah Sik berdasarkan Draf Perancangan Tempatan Majlis Daerah Sik, Kedah 2035, Kedah. Kedua, meneliti model pemandu pelancong dalam industri Pelancongan Ibadah di Sik, Kedah. Kaedah pengumpulan data ialah dokumentasi dan perbincangan kumpulan fokus bersama Yang Dipertua dan staf di Majlis Daerah Sik, staf di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) dan dekan di Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan. Hosp. & Acara, Universiti Utara Malaysia dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Kertas kerja menemukan tiga produk Pelancongan Ibadah di daerah Sik. Seterusnya kertas kerja menemukan lima konsep sebagai kerangka awal bagi model pemandu pelancong dalam industri Pelancongan Ibadah di Sik