Persepsi Risiko dan Tingkah Laku Pengguna Terhadap Pembelian Secara Dalam Talian di Lembah Klang (Risk Perception And Consumer Behavior Towards Online Purchases in the Klang Valley)

Peningkatan pembelian secara dalam talian merupakan salah satu kesan daripada penularan wabak Covid-19 di Malaysia. Walaupun ia memudahkan urusan kehidupan harian, namun ramai yang beranggapan bahawa pembelian secara dalam talian merupakan suatu aktiviti yang berisiko. Oleh itu, kajian ini dijalanka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Husaini, Husnawati, Abdullah, Mohd Hafizuddin Syah Bangan, Yakob, Rubayah, Redzuan, Hendon
Format: Article
Language:en
Published: UUM Press 2024
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31221/1/IJMS%2031%2002%202024%20679-710.pdf
https://doi.org/10.32890/ijms2024.31.2.11
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31221/
https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/15634
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peningkatan pembelian secara dalam talian merupakan salah satu kesan daripada penularan wabak Covid-19 di Malaysia. Walaupun ia memudahkan urusan kehidupan harian, namun ramai yang beranggapan bahawa pembelian secara dalam talian merupakan suatu aktiviti yang berisiko. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi melihat hubungan antara persepsi risiko dengan tingkah laku pengguna terhadap pembelian secara dalam talian. Responden kajian ini seramai 392 orang dan kesemua responden telah menjawab soal selidik secara dalam talian. Namun, hanya 373 borang soal selidik yang lengkap diterima dan boleh digunakan. Data daripada soal selidik ini dianalisis menggunakan kaedah analisis regresi berganda. Hasil analisis mendapati bahawa risiko kewangan mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan tingkah laku pengguna terhadap pembelian secara dalam talian di Lembah Klang. Risiko produk dan risiko penghantaran pula mempunyai hubungan positif, manakala risiko masa tidak signifikan. Hasil kajian memberikan input kepada syarikat e-dagang dan penjual dalam talian untuk menambah baik perkhidmatan mereka. Ia juga dapat membantu untuk mengenal pasti risiko yang mungkin menjadi ancaman kepada perniagaan mereka dan mengambil tindakan mitigasi bagi mengurangkan kemungkinan dan impak, sekiranya risiko yang dikenal pasti itu berlaku