Hubungan kepuasan kerja ke atas keinginan untuk berhenti kerja dalam kalangan anggota polis pangkat rendah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis

Tugas-tugas kepolisan yang semakin mencabar di lihat mampu menganggu tahap kepuasan kerja dalam kalangan anggota polis. Situasi ini jika tidak ditangani dengan baik boleh mengakibatkan peningkatan dalam keinginan untuk berhenti kerja dalam kalangan anggota polis. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mansor, Suhailah, Ahmad Marzuki, Najib, Ab Raji, Nurul Atiqah, M.K, Anis Farahwahida
Format: Conference or Workshop Item
Language:en
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/25307/1/ICSED%202016%20443%20458.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/25307/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tugas-tugas kepolisan yang semakin mencabar di lihat mampu menganggu tahap kepuasan kerja dalam kalangan anggota polis. Situasi ini jika tidak ditangani dengan baik boleh mengakibatkan peningkatan dalam keinginan untuk berhenti kerja dalam kalangan anggota polis. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara kepuasan kerja dan keinginan untuk berhenti kerja dalam kalangan anggota polis pangkat rendah di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Perlis. Seramai 244 orang anggota polis pangkat rendah telah di pilih dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 21.0. Dalam kajian ini, kepuasan kerja diukur dengan menggunakan Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ) manakala keinginan untuk berhenti kerja telah diukur dengan menggunakan Turnover Intention Scale Response. Dapatan kajian menunjukkan kepuasan kerja intrinsik, ektrinsik dan umum mempunyai hubungan negatif yang signifikan ke atas keinginan untuk berhenti kerja. Oleh itu, hipotesis kajian yang menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kepuasan kerja intrinsik, ektrinsik, dan umum terhadap keinginan untuk berhenti kerja ditolak.