Kesan kelembapan ke atas kadar kebocoran gas

Kebocoran merupakan satu masalah utama yang sering berlaku di dalam sistem penghantaran dan pengagihan gas. Sistem penghantaran dan pengagihan biasanya menggunakan talian paip samada atas tanah atau bawah tanah. Bagi paip bawah tanah, sifat tanah seperti saiz butiran, kelembapan, kebolehtelapan dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Majid, Zulkifli, Nasir, Abu Samah, Yunus, Sofiah
Format: Article
Language:en
Published: Faculty of Chemical & Natural Resources Engineering 1995
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/5206/1/ZulkifliAbdulMajid1995_KesanKelembapanKeAtasKadarKebocoranGas.pdf
http://eprints.utm.my/5206/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kebocoran merupakan satu masalah utama yang sering berlaku di dalam sistem penghantaran dan pengagihan gas. Sistem penghantaran dan pengagihan biasanya menggunakan talian paip samada atas tanah atau bawah tanah. Bagi paip bawah tanah, sifat tanah seperti saiz butiran, kelembapan, kebolehtelapan dan keporosan adalah antara faktor yang mempengaruhi kadar aliran kebocoran gas. Satu ujikaji telah dijalankan dengan menggunakan tiga jenis tanah yang mempunyai kelembapan dan saiz yang berbeza-beza. Jenis-jenis tanah tersebut ialah tanah berpasir, tanah berlaterit dan tanah berlempung. Julat kelembapan yang digunakan ialah di antara 0.1 hingga 0.4, manakala julat saiz pula adalah diantara 2.36 milimeter hingga 0.15 milimeter. Keputusan menunjukan bahawa kadar kebocoran dan nilal kebolehtelapan adalah berkadar songsang dengan kelembapan tanah hingga pada satu tahap kelembapan maksimum, kedua nilai menjadi sifar. Walaubagaimanapun nilai-nilai tersebut berkadar terus dengan saiz butiran tanah.