Hubungan antara kredibiliti pempengaruh media sosial terhadap niat pembelian dalam kalangan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Dalam dunia tanpa sempadan ini, golongan belia khususnya adalah individu yang paling mudah dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Mereka lebih tertarik untuk mengikut trend semasa sehingga sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar walaupun masih belum mempunyai kerja yang tetap. Salah satu pengaru...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mansur, Maysharah, Azizan, Anim Zalina
Format: Conference or Workshop Item
Language:en
Published: 2024
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/12241/1/P17138_998b5acefa45fbb0fd72012289613436.pdf%202.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/12241/
https://doi.org/10.30880/rmtb.2024.05.01.044
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam dunia tanpa sempadan ini, golongan belia khususnya adalah individu yang paling mudah dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Mereka lebih tertarik untuk mengikut trend semasa sehingga sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar walaupun masih belum mempunyai kerja yang tetap. Salah satu pengaruh yang agak meluas pada masa kini adalah wujudnya individu yang dipanggil pempengaruh media sosial. Kajian ini adalah untuk mengkaji teori sumber kredibiliti pempengaruh media sosial (daya tarikan, kebolehpercayaan, kepakaran) terhadap niat pembelian dalam kalangan pelajar UTHM. Penyelidikan ini bertujuan untuk meneroka sama ada faktor-faktor kredibiliti pempengaruh media sosial mempengaruhi niat mereka untuk membuat pembelian serta untuk mengenalpasti apakah faktor dominan yang menjadi pengaruh terbesar ke atas niat pembelian dalam kalangan pelajar UTHM. Kajian ini akan menggunakan borang soal selidik yang diambil daripada pengkaji lain. Seramai 375 orang pelajar UTHM diperlukan sebagai responden untuk melengkapkan soal selidik yang akan diedarkan secara dalam talian ; Google Form. Kajian mendapati bahawa sumber kredibiliti pempengaruh media sosial sememangnya mempengaruhi niat pembelian pelajar UTHM dan faktor kebolehpercayaan menjadi faktor paling dominan. Hasilnya menekankan kepentingan kredibiliti pempengaruh dalam membentuk niat pembelian pelajar UTHM dan membayangkan bahawa syarikat dan pemasar yang menyasarkan populasi ini harus mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan pempengaruh yang boleh dipercayai