Kajian perlaksanaan blockwork system dalam projek perumahan IBS

Malaysia telah mengadaptasikan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam sektor pembinaan. Blockwork System merupakan salah satu jenis sistem IBS yang terbukti mampu memendekkan tempoh dalam menyiapkan projek, meningkatkan kualiti kerja dan kos lebih efektif. Ia juga merupakan satu evolusi pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Zubir, Noor Alia Dafina, Zainal, Rozlin, Mohd Noh, Hamidun, Musa, Sharifah Meryam Shareh
Format: Conference or Workshop Item
Language:en
Published: 2024
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/12159/1/P16938_f5588854870c60819ce6820ff15a05d8.pdf%2015.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/12159/
https://doi.org/10.30880/rmtb.2024.05.01.088
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Malaysia telah mengadaptasikan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam sektor pembinaan. Blockwork System merupakan salah satu jenis sistem IBS yang terbukti mampu memendekkan tempoh dalam menyiapkan projek, meningkatkan kualiti kerja dan kos lebih efektif. Ia juga merupakan satu evolusi penggunaan bata konvensional. Terdapat dua jenis iaitu Interlocking Concrete Masonry Unit (CMU) dan Lightweight Concrete Blocks. Permasalahan perlaksanaan yang berlaku adalah bilangan pengeluar Blockwork System yang rendah, kualiti komponen merosot dan kos awalan tinggi. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah utama serta langkah utama penyelesaiannya dan mengkaji hubungan antara masalah utama perlaksanaan dan langkah utama bagi penyelesaian permasalahan perlaksanaan Blockwork System dalam projek perumahan IBS. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan seramai 86 orang kontraktor Gred 7 di Klang, Selangor telah menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan secara atas talian dan fizikal. Peratusan maklum balas responden adalah sebanyak 52.1%. Kesemua objektif diukur menggunakan analisis deskriptif melalui frekuensi dan crosstab bagi tujuan menganalisis data. Dapatan analisis bagi objektif pertama iaitu masalah utama perlaksanaan Blockwork System dalam projek perumahan IBS ialah kekurangan penyeliaan. Kemudian, objektif kedua iaitu langkah utama bagi penyelesaian permasalahan perlaksanaan Blockwork System dalam projek perumahan IBS ialah mempromosikan penggunaan Blockwork System. Hubungan antara masalah utama dan langkah utama penyelesaian permasalahan Blockwork System dalam projek perumahan IBS mempunyai signifikan yang kuat adalah masalah utama ialah kualiti komponen merosot (berlaku kebocoran air pada blok konkrit) dengan langkah utama memastikan kualiti produk terjaga. Oleh itu, kajian ini dapat membantu pihak kontraktor dalam memandang serius masalah utama dan langkah utama penyelesaian permasalahan perlaksanaan Blockwork System dalam projek perumahan IBS melalui dapatan pembangunan kerangka hubungan