Analisis kesahan dan kebolehpercayaan instrumen norma bekerja dari rumah
Artikel ini membincangkan analisis kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik yang menilai persepsi penjawat awam berkaitan norma bekerja dari rumah. Instrumen kajian ini dinamakan Instrumen Norma Bekerja dari Rumah yang telah diadaptasi daripada Instrumen Bekerja Dari Rumah Cabaran COVI...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | en |
| Published: |
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/12080/1/P16829_fc2774e3ce552dd4f1b64bedd2266d93.pdf%2018.pdf http://eprints.uthm.edu.my/12080/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Artikel ini membincangkan analisis kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal
selidik yang menilai persepsi penjawat awam berkaitan norma bekerja dari rumah. Instrumen
kajian ini dinamakan Instrumen Norma Bekerja dari Rumah yang telah diadaptasi daripada
Instrumen Bekerja Dari Rumah Cabaran COVID-19 (WFHI-CvdC; Siti Sarawati Johar, 2021).
Pengubahsuaian dilakukan daripada penilaian persepsi bekerja dari rumah semasa era
pandemik COVID-19 kepada era pasca pandemik COVID-19. Kesahan dan kebolehpercayaan
telah dilakukan ke atas instrumen yang dibina bagi memastikan konstruktif dan indikator
setiap item dalam instrumen ini bersesuaian dengan situasi responden. Instrumen ini telah
dinilai oleh tiga orang pakar dalam penyelidikan sebelum diedarkan kepada responden kajian
semasa kajian rintis. Kajian rintis melibatkan 30 orang penjawat awam di sebuah badan
berkanun yang terdiri daripada staf akademik dan staf bukan akademik dari beberapa kategori
gred gaji. Instrumen kajian kemudiannya diuji dengan menggunakan Program Statistical
Package for Social Science (SPSS) versi 26.0. Analisis ujian kebolehpercayaan yang dilakukan
menunjukkan nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan item dalam
instrumen ini adalah .743, manakala jumlah KMO pula adalah .819. Ini menunjukkan bahawa
instrumen yang digunakan dalam kajian ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi
dan kesemua item dalam soal selidik kajian ini sesuai digunakan untuk menilai persepsi
bekerja dari rumah dalam kalangan penjawat awam di sebuah badan berkanun di Malaysia |
|---|
