Teoritis Reka Bentuk Dan Pembangunan Kursus Bahasa Arab Dalam Talian

Pembelajaran dalam talian atau e-pembelajaran telah menjadi antara pilihan utama proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada hari ini. Proses ini semakin rancak diperbincangkan apabila seluruh dunia, termasuk Malaysia menghadapi pandemik Covid-19 yang mengakibatkan semua terpaksa hidup dalam norma...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Zaki Amiruddin, Zulazhan Ab. Halim, Nurkhamimi Zainuddin
Format: Article
Published: UMK Press 2024
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembelajaran dalam talian atau e-pembelajaran telah menjadi antara pilihan utama proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada hari ini. Proses ini semakin rancak diperbincangkan apabila seluruh dunia, termasuk Malaysia menghadapi pandemik Covid-19 yang mengakibatkan semua terpaksa hidup dalam norma baharu. Proses PdP dalam talian memerlukan reka bentuk yang sistematik dengan penerapan teori-teori pembelajaran tertentu. Kajian ini bertujuan mengetengahkan satu kerangka teoretikal cadangan yang dihasilkan melalui dua teori pembelajaran tunjang iaitu; Teori Konstruktivisme dan Teori Pemerolehan Bahasa yang membentuk topik kajian pembangunan kursus bahasa Arab dalam talian, di samping dua teori pembelajaran sokongan iaitu; Teori Beban Kognitif dan Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia. Pemilihan teori-teori ini merupakan antara strategi terawal dalam sesuatu kajian berasaskan pendekatan reka bentuk dan pembangunan (DDR) yang dilaksanakan dalam fasa analisis untuk diterapkan dalam fasa berikutnya iaitu; fasa reka bentuk dan pembangunan. Kajian ini menggunakan metode kajian berbentuk analisis perpustakaan dengan membentangkan sorotan literatur daripada rujukan-rujukan utama serta kajian-kajian terdahulu yang berkaitan bagi menerangkan teori-teori pembelajaran yang dinyatakan. Hasil dapatan analisis sorotan, satu kerangka teoretikal dikeluarkan dalam bentuk rajah, dalam masa yang sama dijelaskan perkaitannya secara langsung dengan reka bentuk dan pembangunan kursus bahasa Arab dalam talian. Kesimpulan daripada kajian, kerangka teoretikal cadangan ini boleh diadaptasi terus atau dengan pengubahsuaian kerana ia tidak terhad kepada teori-teori pembelajaran yang diutarakan sahaja, bahkan para penyelidik boleh memilih pelbagai lagi teori pembelajaran yang ada mengikut kesesuaian topik kajian mereka. Manfaat daripada hasil kajian ini, kerangka teoretikal diharapkan agar dapat menjadi rujukan kepada kajian lanjutan berbentuk reka bentuk dan pembangunan dalam bidang bahasa asing secara amnya, lebih-lebih lagi bahasa Arab.