Model Teknik Penceritaan Prosa Hadis Naratif Sahih al-Bukhari

Ketinggian dan keindahan estetika hadis Nabi SAW dan penyampaiannya yang bervariasi samada dalam genre kata-kata hikmah, hukum hakam, nasihat, mau’izah, peringatan dan pesanan yang dibentuk dari pelbagai nilai retorik yang indah, halus, lunak dan cantik. Susunan bahasa yang halus dan berdaya penghay...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurhasma Muhamad Saad, Zulkipli Bin Md. Isa, Yuslina Mohamed, Wan Moharani Mohammad, Muhammad Marwan Ismail
Format: Article
Published: NUN Gemilang Enterprise 2024
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ketinggian dan keindahan estetika hadis Nabi SAW dan penyampaiannya yang bervariasi samada dalam genre kata-kata hikmah, hukum hakam, nasihat, mau’izah, peringatan dan pesanan yang dibentuk dari pelbagai nilai retorik yang indah, halus, lunak dan cantik. Susunan bahasa yang halus dan berdaya penghayatan ekstrem yang digunakan oleh Nabi dalam mengetengahkan budaya penyampaian berbentuk penceritaan yang variasi seperti: imbasan, pemerian, dialog, al-amthal, perumpamaan dan perbandingan serta monolog. Penceritaan ini terhasil dari gaya penyampaian yang terbina dari teknik-teknik yang digunakan secara lunak, halus dan indah agar inti pati penyampaian dapat mencapai maksud yang tersurat dan tersirat kepada pendengar. Dengan demikian, kajian ini mengenal pasti kaedah dan reka bentuk penyampaian yang digunakan oleh Nabi SAW dalam hadis naratif Sahih al-Bukhari untuk membangunkan satu model penulisan prosa sastera yang inklusif. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah deskriptif berdasarkan teori adaptasi Reasons, Examples, Names, Numbers, Senses (RENNS) yang diterjemahkan sebagai (Faktor- Contoh- Watak- Bilangan dan Deria) untuk membentuk lengkuk naratif yang didasari permulaan- kemuncak- mendatar. Hasil analisis bentuk penyampaian kandungan hadis naratif akan dibentuk menjadi satu model teknik penceritaan yang inklusif yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Model ini diperkenalkan sebagai model fundamental teknik penceritaan hadis naratif yang bertujuan memberi panduan penulisan kepada umum.