Kedudukan Nafkah Sebagai Hutang Menurut Hukum Syarak dan Undang-Undang Keluarga Islam: Analisis Penguatkuasaan Oleh Bahagian Sokongan Keluarga di Malaysia

Penguatkuasaan perintah nafkah merupakan antara cabaran utama dalam sistem perundangan keluarga Islam di Malaysia, khususnya apabila pihak yang diperintahkan gagal mematuhi arahan mahkamah. Bagi menangani isu ini, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) telah ditubuhkan sebagai mekanisme institusi bagi mem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hendun Abd. Rahman Shah, Nadiatul Jannah Nazaruddin, Wan Nurfaqihah Husna Wan Mazlan, Aufa Zamri, Wafa Syahmina Mohamad Sabir, Nur Alia Alina Izham Haniff, Khairul Anam Dahalan
Format: conference output::conference proceedings::conference paper
Language:ms
Published: Faculty of Syariah and Law, USIM 2026
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penguatkuasaan perintah nafkah merupakan antara cabaran utama dalam sistem perundangan keluarga Islam di Malaysia, khususnya apabila pihak yang diperintahkan gagal mematuhi arahan mahkamah. Bagi menangani isu ini, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) telah ditubuhkan sebagai mekanisme institusi bagi membantu pelaksanaan dan pemantauan perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Artikel ini bertujuan mengkaji tanggungjawab nafkah menurut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam di Malaysia Ia juga membincangkan prosedur berkaitan penguatkuasaan perintah nafkah oleh mahkamah syariah dengan memfokuskan kepada perananan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), serta mengenal pasti cabaran yang dihadapi agensi ini dalam pelaksanaannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang memfokuskan kepada kajian kepustakaan melalui analisis dokumen perundangan, arahan amalan Mahkamah Syariah serta kajian kes dan penulisan terdahulu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kewujudan BSK telah memberi impak positif dalam meningkatkan kadar pematuhan perintah nafkah, terutamanya melalui fungsi bantuan interim, rundingan, dan pemantauan berterusan terhadap penghutang nafkah. Namun demikian, kajian ini juga mendapati wujud pelbagai kekangan termasuk keterbatasan kuasa penguatkuasaan, isu ketidakpatuhan berulang, kelewatan proses, serta faktor sosioekonomi pihak yang terlibat. Artikel ini mencadangkan penambahbaikan dari segi pengukuhan kuasa perundangan, penyelarasan antara agensi, serta peningkatan kesedaran masyarakat bagi memastikan hak nafkah isteri dan anak dapat dilindungi secara lebih berkesan dan berterusan.