Menangani Konflik Nilai dan Etika: Peranan Institusi Pendidikan, Keluarga, dan Penguatkuasaan Undang-Undang dalam Mencegah Fenomena Sugar Dating di Kalangan Generasi Muda

Fenomena ‘Sugar Dating’ merupakan isu hubungan terlarang yang semakin menular dalam kalangan mahasiswa di Malaysia, di mana individu yang lebih muda ('Sugar Baby'), seringkali pelajar, menerima sokongan kewangan atau material daripada individu yang lebih tua ('Sugar Daddy'/'...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Afiqah Mohd Fauit, Zulzaidi Mahmod, Hasnizam Hashim
Format: conference output::conference proceedings::conference paper
Language:ms
Published: Faculty of Syariah and Law, USIM 2026
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Fenomena ‘Sugar Dating’ merupakan isu hubungan terlarang yang semakin menular dalam kalangan mahasiswa di Malaysia, di mana individu yang lebih muda ('Sugar Baby'), seringkali pelajar, menerima sokongan kewangan atau material daripada individu yang lebih tua ('Sugar Daddy'/'Sugar Mommy'). Keterlibatan ini didorong oleh faktor-faktor utama seperti tekanan menampung kos sara hidup yang meningkat, terutamanya sejak Pandemik COVID-19, kekurangan perhatian dan kasih sayang daripada keluarga, serta keinginan untuk mengejar trend gaya hidup mewah. Walaupun dipromosikan sebagai hubungan yang saling menguntungkan (mutual benefit), amalan ini menimbulkan implikasi negatif yang serius, termasuk risiko trauma psikologi seperti kemurungan dan sindrom Stockholm akibat ketidakseimbangan kuasa, isu keselamatan seperti penyalahgunaan maklumat peribadi dan pendedahan kepada jenayah seksual, dan penularan Penyakit Jangkitan Seksual (STD). Dari sudut pandangan perundangan, meskipun tiada undang-undang khusus untuk 'Sugar Dating', aktiviti ini boleh disabitkan di bawah peruntukan undang-undang Jenayah Syariah dan Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan pelacuran dan persundalan. Secara syarak, amalan yang menggalakkan pergaulan bebas (ikhtilat) dan membawa kepada perzinaan (zina) adalah dilarang keras. Oleh yang demikian, penyelesaian holistik yang melibatkan kempen kesedaran meluas, pengukuhan peranan keluarga dalam pendidikan agama dan moral, serta penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas terhadap platform promosi 'sugar dating' adalah kritikal untuk menangani isu ini dan melindungi kesejahteraan sosial dan etika masyarakat Malaysia.