Keunikan Kaedah Penulisan Fiqah Alam Melayu: Pengenalan Terhadap Manuskrip Tanbīh Al-ʿamil Fi Taḥqiq Al-Kalam Fi Al-Nawafil

Terdapat sejumlah besar hasil karya dan manuskrip ulama Nusantara yang belum ditemui dan kebanyakannya masih berada dalam bentuk tulisan tangan yang asal. Jika diteliti secara lebih terperinci, pelbagai bentuk variasi kaedah pengarangan ulama Tanah Jawi dalam menghasilkan karya bertulis berdasarkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Syahmie Mat Bakri, Syed Salim Syed Shamsuddin, Mohd Anuar Mamat
Format: conference output::conference proceedings::conference paper
Language:ms
Published: Faculty of Syariah and Law, USIM 2026
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Terdapat sejumlah besar hasil karya dan manuskrip ulama Nusantara yang belum ditemui dan kebanyakannya masih berada dalam bentuk tulisan tangan yang asal. Jika diteliti secara lebih terperinci, pelbagai bentuk variasi kaedah pengarangan ulama Tanah Jawi dalam menghasilkan karya bertulis berdasarkan budaya setempat dan situasi semasa ketika di zamannya. Justeru itu, artikel ini menumpukan kepada salah satu manuskrip fiqah ulama Melayu yang masih kurang diberi perhatian oleh para pengkaji dan penyelidik yang berjudul Tanbīh al-ʿĀmil fī Taḥqīq al-Kalām fī al-Nawāfil dengan berpandukan penyelidikan kualitatif berdasarkan kajian perpustakaan. Salinan manuksrip yang dijadikan objek kajian utama ialah salinan yang bernombor MSS 4152(A) Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Secara umumnya, manuskrip ini membicarakan hukum-hakam fiqah bahagian ibadat, menyentuh perbahasan berkaitan dengan ibadat solat sunat secara khusus dan perkara-perkara ibadat yang lain secara umum. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti keadaan rupa bentuk fizikal beserta kodikologi manuskrip dan menganalisis secara ringkas solat-solat sunat yang dibincangkan dalam teks Tanbīh al-‘Āmil fī Tahqīq al-Kalām fī al-Nawāfil. Dapatan kajian mendapati, bahawa hanya terdapat satu kajian sahaja yang telah dilakukan ke atas manuskrip Tanbīh al-‘Āmil fī Tahqīq al-Kalām fī al-Nawāfil yang mana hanya lebih tertumpu kepada kajian kesusteraan bahasa sahaja. Manuskrip ini merupakan antara karya yang mempunyai potensi besar untuk dikembangkan namun masih terdapat kelompongan yang ketara di dalam perlaksanaan tugas-tugas penyelidikan.