Kriteria Utama dalam Pembangunan Laman Web Berkaitan Hadith: Satu Analisis dan Cadangan

Dewasa kini, rujukan terhadap sumber daripada internet melalui laman sesawang, aplikasi dan blog-blog persendirian telah menjadi trend dalam kalangan masyarakat. Realitinya, sebahagian daripada sumber internet itu tidak mempunyai sebarang autoriti, bahkan tiada pula kawalan yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, K., Suliaman, I., Ahmad Shah, F., Mohd Rokhibi, I. A.
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2024
Subjects:
Online Access:http://jmqs.usim.edu.my/index.php/jmqs/article/view/176
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dewasa kini, rujukan terhadap sumber daripada internet melalui laman sesawang, aplikasi dan blog-blog persendirian telah menjadi trend dalam kalangan masyarakat. Realitinya, sebahagian daripada sumber internet itu tidak mempunyai sebarang autoriti, bahkan tiada pula kawalan yang sewajarnya sehingga apa sahaja boleh dirujuk dan diikuti tanpa batasan dan sempadan. Apabila melihat kepada bidang hadith, tidak dinafikan bahawa laman sesawang berteraskan hadith juga lahir sebagai sumber kepadarujukan hadith. Namun, dari sudut nilai dan autoriti laman tersebut sebahagiannya tidak boleh dijadikan rujukan kerana tidak menepati kriteria sebagai suatu sumber dalam bidang hadith. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan kriteria yang perlu ada bagi sesebuah laman sesawang dalam bidang hadith khususnya. Melalui metode analisis induktif, hasil kajian mendapati terdapat sepuluh kriteria penting yang perlu ada dalam pembangunan website hadith iaitu [1] Kandungan teks hadith yang berbaris lengkap; [2] Terjemahan hadith yang telah disemak; [3] Maklumat sumber dan takhrij hadith; [4] Kefahaman hadith secara ringkas; [5] Organisasi atau panel yang bertanggungjawab dan mempunyai kelayakan; [6] Pengantaramukaan (interface) yang mesra pengguna; [7] Lampiran Bentuk Shajarah Al-As?nid(Pemetaan Sanad Hadith); [8] Meletakkan tema kumpulan hadith; [9] Pembahagian hadith berdasarkan judul itab (bagi karya Jawi); [10] Penyediaan hadith-hadith alternatif bagi hadith yang palsu. Kesimpulan, pentingnya kriteria dalam pembangunan website hadith ini tidak lain melainkan bagi tujuan untuk menjaga dan memelihara autoriti hadith itu sebagai sumber rujukan serta dapat dijadikan sumber rujukan terus kepada masyarakat pada hari ini.