Interfaith Commission Malaysia: Analisis Ke Atas Penubuhannya Dalam Merealisasikan Keharmonian Agama Di Malaysia

Serasi dengan sosio-budaya masyarakat Malaysia yang berbilang agama, keharmonian agama di Malaysia adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan dalam konteks merealisasikan keamanan di Malaysia. Artikel ini bertujuan untuk menyelidik asas, sebab, objektif, dan motif pertubuhan Interfaith Commission of...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad, A.R., Mohd Yaakop, M.R., Mamat, S.A.
Format: Article
Language:English
en_US
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2024
Subjects:
Online Access:http://abqarijournal.usim.edu.my/index.php/abqari/article/view/112
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Serasi dengan sosio-budaya masyarakat Malaysia yang berbilang agama, keharmonian agama di Malaysia adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan dalam konteks merealisasikan keamanan di Malaysia. Artikel ini bertujuan untuk menyelidik asas, sebab, objektif, dan motif pertubuhan Interfaith Commission of Malaysia, yang mana semenjak wujudnya pertubuhan ini, tercetus pelbagai kontroversi dari pelbagai pihak organisasi dan masyarakat Islam. Malaysia adalah sebuah negara yang berteraskan Islam dari segi infrastruktur perlembagaan undang-undang yang telah diperkenalkan semenjak kedatangan Islam pada abad ke-15. Ini bermakna agama Islam semestinya memainkan peranan yang besar, bahkan perlu diprioritikan dalam kebanyakan isu-isu semasa. Kita dapati pada tahun 2001 gerakan Interfaith Council telah ditubuhkan untuk memperkenalkan dan mengesyorkan hak-hak asasi berteraskan nilai-nilai pluralisme Barat yang amat berbeza dari struktur, konsep, adat, dan fahaman perlembagaan Islam yang telah sedia ada di Malaysia. Kajian ini menggunakan analisis teks, draf bil, dan kenyataan rasmi pihak IFC, bersama-sama dengan kronologi kejadian semenjak penubuhannya untuk mengidentifikasikan impak implementasinya. IFC juga ditubuhkan dengan berteraskan pandangan alam barat yang berpotensi untuk menyisihkan kerangka kerja Islam di Malaysia. Kajian juga mencadangkan penggubahan sistem IFC perlu mengambil kira pandangan alam Islam.