Medan semantik malu: suatu penelitian dalam budaya Melayu

Kajian ini bertujuan menjelaskan nilai kesantunan masyarakat Melayu yang berfokus kepada nilai ‘malu’. Menurut Kluckhon dan Strodtbeck (1961), nilai merupakan sesuatu yang kompleks tetapi berpola dan berprinsip serta menjadi petunjuk terhadap perlakuan dan pemikiran manusia dalam mengatasi masalah....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Basharuddin, Nurul Aminah, Mohamad, Hasnah, Che Rodi, Rozita
Other Authors: Osman, Zulkifli
Format: Book Section
Language:en
Published: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/47059/1/Medan%20semantik%20malu.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/47059/
https://www.researchgate.net/publication/312168602_Medan_Semantik_Malu_Suatu_Penelitian_dalam_Budaya_Melayu
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menjelaskan nilai kesantunan masyarakat Melayu yang berfokus kepada nilai ‘malu’. Menurut Kluckhon dan Strodtbeck (1961), nilai merupakan sesuatu yang kompleks tetapi berpola dan berprinsip serta menjadi petunjuk terhadap perlakuan dan pemikiran manusia dalam mengatasi masalah. Istilah ‘malu’ menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:988), ialah menaruh hormat akan sesuatu, berasa segan, iaitu takut dalam melakukan sesuatu tindakan. Namun, dalam masyarakat Melayu nilai ‘malu’ juga boleh wujud dalam bentuk yang dilarang sehingga boleh merugikan seseorang dalam mencapai sesuatu yang baik dalam kehidupan. Oleh itu, makalah ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis penggunaan kata ‘malu’ melalui pendekatan medan semantik. Data diperoleh menggunakan kaedah analisis teks berdasarkan Teori Medan Semantik (1970). Teks yang akan digunakan untuk menganalisis nilai ‘malu’ ialah buku Tunjuk Ajar Melayu (2006) hasil tulisan Tenas Effendy. Dapatan kajian menunjukkan penekanan nilai malu yang lebih menjurus kepada masyarakat Melayu yang dilarang mempunyai sifat “malu” dalam menuju ke jalan kebaikan dan menyuruh berasa “malu” untuk berbuat keburukan.