Manifestasi keintelektualan hati budi melayu melalui puisi melayu lama
Perkataan intelek berasal daripada bahasa Latin intellectus, merujuk daya untuk berfikir secara bijaksana, logikal dan teratur, menggunakan hati budi yang waras dan kritis, demi menyimpulkan secara benar apa yang dianggap sesuatu itu sebagai benar dan sahih, dan juga kebolehan menyelesaikan sesuatu...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Book Section |
| Published: |
Penerbit Universiti Tun Hussein Onn
2025
|
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/123276/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Perkataan intelek berasal daripada bahasa Latin intellectus, merujuk daya untuk berfikir secara bijaksana, logikal dan teratur, menggunakan hati budi yang waras dan kritis, demi menyimpulkan secara benar apa yang dianggap sesuatu itu sebagai benar dan sahih, dan juga kebolehan menyelesaikan sesuatu masalah. Manakala, puisi Melayu lama, iaitu satu bentuk bahasa yang diolah secara berentak dan berirama dengan pemilihan kata yang memikat hati budi sehingga mudah melekat dalam ingatan, merupakan khazanah warisan Melayu sejak zaman-berzaman. Sebelum dicatat kebanyakan puisi Melayu lama adalah dalam bentuk sastera lisan, misalnya pepatah, pantun, gurindam, peribahasa, dan sebagainya. Pepatah, peribahasa dan pantun umpamanya, mengandungi ayat-ayat atau frasa-frasa yang padat, yang berentak dan berirama dari segi bunyinya, indah dan menarik dari segi penggunaan perkataan, perlambangan dan maknanya, dan persis serta padat dari segi mesej dan amanatnya, iaitu sama ada dengan mesej nasihat dan tunjuk ajar, mesej teguran dan larangan, ataupun mesej pernyataan madah dan hikmah. Penciptaannya dicetuskan oleh anggota masyarakat dalam kalangan bijak pandai Melayu secara anonimus, kolektif and akumulatif dalam deretan perjalanan sejarah dan perkembangan masyarakat itu, berdasarkan pemerhatian dan akal fikiran mereka, dan pengalaman praktikal dalam lingkaran hidup mereka yang mencerminkan keintelektualan, kebijaksanaan, persepsi, sikap, sifat dan falsafah hidup masyarakat itu, dan boleh dianggap sebagai asal usul keintelektualan hati budi Melayu. |
|---|
