Elemen sikap, motivasi dan minat murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di tingkatan 1 dalam penguasaan Bahasa Melayu
Bahasa Melayu digunakan sebagai wadah utama dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid namun murid dari SJKT dikatakan tidak menguasai bahasa Melayu dan mengalami masalah semasa di Sekolah Menengah kerana dipengaruhi sikap, motivasi dan minat. Objektif utama kajian ini ialah mengenal...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | en |
| Published: |
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/123191/1/123191.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/123191/ https://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18704 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Bahasa Melayu digunakan sebagai wadah utama dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada murid-murid namun murid dari SJKT dikatakan tidak
menguasai bahasa Melayu dan mengalami masalah semasa di Sekolah
Menengah kerana dipengaruhi sikap, motivasi dan minat. Objektif utama
kajian ini ialah mengenal pasti elemen sikap yang dominan daripada aspek
kognitif, afektif dan konatif dalam penguasaan bahasa Melayu murid SJKT di
tingkatan 1. Manakala objektif kedua ialah menganalisis elemen dominan
dalam motivasi instrumental atau integratif dalam penguasaan bahasa.
Objektif ketiga ialah menghuraikan faktor yang utama dalam meningkatkan
minat bahasa di tingkatan 1. Seramai 180 murid India tingkatan satu yang
menerima pendidikan awal di SJKT daripada enam buah sekolah di Negeri
Sembilan dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan kaedah
campuran menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner (2005). Kaedah
yang digunakan ialah kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data sikap dan motivasi
yang diperoleh melalui borang soal selidik dan dianalisis menggunakan
Statistical Package for Sciences (SPSS) V29. Manakala data faktor-faktor
dalam meningkatkan minat murid SJKT dalam penguasaan bahasa kedua di
tingkatan 1 diperoleh melalui Focused Group Discussion (FGD). Analisis
kajian mendapati eleman afektif merupakan elemen dominan dalam sikap
murid India dari SJKT menguasai bahasa Melayu diikuti oleh elemen kognatif
dan akhirnya elemen konatif. Manakala bagi elemen yang dominan dalam
motivasi ialah motivasi integratif. Dapatan kajian juga menunjukkan faktor
yang meningkatkan minat ialah guru diikuti persekitaran, ibu bapa dan terakhir
ialah faktor rakan-rakan. |
|---|
