Minat murid tingkatan empat terhadap mata pelajaran sejarah: satu tinjauan di sekolah menengah

Pembelajaran Sejarah bukan sahaja bermatlamat untuk memupuk kesedaran terhadap sejarah, malahan dapat memperkenalkan konsep identiti kolektif dalam diri pelajar serta semangat jati diri dan cinta terhadap negara bangsa. Kajian yang dijalankan ini berbentuk kajian tinjauan bagi mengenal pasti minat m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Asmi, Anis Firdaus, Mohd Ayub, Ahmad Fauzi, Mahat, Jazihan
Format: Article
Language:ms
Published: IPG Kampus Ipoh 2024
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/121532/1/121532.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/121532/
https://scholar.google.com/scholar?oi=bibs&cluster=16794414036726974168&btnI=1&hl=en
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembelajaran Sejarah bukan sahaja bermatlamat untuk memupuk kesedaran terhadap sejarah, malahan dapat memperkenalkan konsep identiti kolektif dalam diri pelajar serta semangat jati diri dan cinta terhadap negara bangsa. Kajian yang dijalankan ini berbentuk kajian tinjauan bagi mengenal pasti minat murid terhadap pembelajaran Sejarah pada peringkat sekolah menengah. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik dan diedarkan dan dijawab oleh 80 orang murid tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Sejarah daripada tiga buah kelas tingkatan empat di SMK Darul Ehsan, Selangor yang dipilih berdasarkan teknik persampelan bertujuan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Science Social (SPSS) 28.0 menerusi statistik deskriptif, ujiant tak bersandar dan ujian ANOVA. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap minat murid dalam mata pelajaran Sejarah adalah sederhana iaitu min 3.33 (1.011). Ujian-t tak bersandar dilakukan untuk membandingkan skor min minat dengan jantina menunjukkan nilai-t bagi perbandingan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah bagi murid perempuan dan lelaki ialah t=1.157 dan tahap signifikan p=0.251. Jadi, tidak terdapat perbezaan yang signifikan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah antara murid perempuan dan murid lelaki. Ujian ANOVA yang dijalankan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan skor min tahap minat murid dalam mata pelajaran Sejarah mengikut kelas (F(2, 77)=3.365; p<0.05). Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa guru harus peka dalam merancang pengajaran dan pembelajaran Sejarah bagi meningkatkan minat murid. Kesimpulannya, minat pelajar dalam mempelajari Sejarah dapat dirangsang dengan kaedah pengajaran yang menarik.