Pengetahuan pengurusan sisa makanan dan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar bidang TVET

Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara pengetahuan pengurusan sisa makan dengan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar TVET di Fakulti Pengajian Pendidikan. Kajian kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan melibatkan seramai 252 orang pelajar Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jamaluddin, Rahimah, Mohd Zuki, Nur Afrina Syafiqah
Other Authors: Mohd Puad, Mohd Hazwan
Format: Book Section
Language:en
Published: Penerbit Universiti Putra Malaysia 2024
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/116673/1/116673.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/116673/
https://educ.upm.edu.my/upload/dokumen/20241126121651Pengajaran,_Inovasi,_dan_Pembangunan_Profesional_dalam_Pendidikan_dan_Latihan_Teknikal_dan_Vokasional_fullversion_v2.0.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara pengetahuan pengurusan sisa makan dengan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar TVET di Fakulti Pengajian Pendidikan. Kajian kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan melibatkan seramai 252 orang pelajar Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga dan Bacelor Pendidikan Sains Pertanian di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Soal selidik ini telah diubah suai daripada soal selidik pengetahuan sisa makanan (Nazurah et. al, 2022) dan amalan kitar semula (Ahmad et. al, 2011). Analisis deskriptif pengetahuan pengurusan sisa makanan mencatat min yang tinggi (M=4.49) dan amalan kitar semula juga mencatat min yang tinggi (M=3.73). Analisis korelasi Pearson menunjukkan wujud hubungan yang positif signifikan antara pengetahuan pengurusan sisa pakaian dengan amalan kitar semula (r =0.22, p= 0.02). Namun kekuatan hubungan antara pengetahuan pengurusan sisa makanan dengan amalan kitar semula adalah positif pada tahap yang rendah. Justeru, bagi mengekalkan tahap pengetahuan pengurusan sisa makan dan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar kerajaan dan pihak fakulti seharusnya mengekalkan program-program atau kempen kitar semula. Selain itu, inisiatif pelajar bakal guru adalah dengan terus mengamalkan kitar semula dalam di dalam pengajaran agar mencapai matlamat SDGs dan matlamat pendidikan lestari bagi mengurangkan kadar sisa makanan di Malaysia.