Banjir 2014: Realiti kesiapsiagaan masyarakat

Banjir berlaku saban tahun. Walaupun bukan mangsa, namun kesan banjir dapat dilihat dan dirasai oleh semua memandangkan liputan banjir sentiasa dibuat oleh pihak berkuasa. Bagi mengelakkan kerugian, kesiapsiagaan awal dan rapi adalah perlu namun ramai yang masih tidak bersedia. Antara isu yang di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norsiah, Ahmad, Wan Anisah, Endut, Rosmaria, Jaffar, Nurul Huda, Mustafa
Format: Conference or Workshop Item
Language:en
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/953/1/FH03-FESP-17-08908.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/953/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Banjir berlaku saban tahun. Walaupun bukan mangsa, namun kesan banjir dapat dilihat dan dirasai oleh semua memandangkan liputan banjir sentiasa dibuat oleh pihak berkuasa. Bagi mengelakkan kerugian, kesiapsiagaan awal dan rapi adalah perlu namun ramai yang masih tidak bersedia. Antara isu yang diperkatakan selepas bencana banjir pada penghujung tahun 2014 yang merupakan banjir yang terburuk melanda Malaysia dalam beberapa dekad ke belakang ialah isu kesiapsiagaan Kesiapsiagaan juga dilihat sebagai satu kerjasama komuniti setempat dan jika dilakukan secara sendirian, kesannya mungkin tidak seperti yang diingini. Artikel ini membincangkan tahap kesiapsiagaan di kalangan mangsa banjir 2014 di beberapa kawasan terpilih di sekitar Sungai Kemaman dan Sungai Kelantan.. Kajian ini melibatkan enam buah daerah di Terengganu dan Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir tersebut. Indeks kesiapsiagaan mendapati tahap kesiapsiagaan adalah sederhana rendah bagi ke dua-dua negeri. Namun begitu, tahap kesiapsiagaan bagi tempat pemindahan dan penyimpanan barang adalah sederhana tinggi manakala tahap perlindungan kewangan serta pengetahuan berkaitan peralatan amaran banjir adalah rendah. Hasil kajian ini boleh digunakan untuk mengenalpasti aktiviti dan program tertentu untuk memastikan tahap kesiapsiagaan ditingkatkan.