Kedudukan Harta Sepencarian Sebagai Hak Harta Peninggalan Dalam Perundangan Islam
Harta sepencarian merupakan satu mekanisme pembahagian harta suami-isteri yang unik di dalam Fiqh Nusantara. Walaupun banyak kajian telah dibuat berkaitan amalan ini, namun belum dijumpai perbincangan yang jelas tentang kedudukan harta sepencarian sebagai salah satu hak-hak harta peninggalan si m...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | en |
| Published: |
2017
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/879/1/FH03-FKI-18-13069.pdf http://eprints.unisza.edu.my/879/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Harta sepencarian merupakan satu mekanisme pembahagian harta suami-isteri yang unik di
dalam Fiqh Nusantara. Walaupun banyak kajian telah dibuat berkaitan amalan ini, namun
belum dijumpai perbincangan yang jelas tentang kedudukan harta sepencarian sebagai
salah satu hak-hak harta peninggalan si mati. Kertas ini bertujuan untuk meneliti isu
berkaitan secara mendalam dengan melihat kedudukannya sebagai hak hutang berkaitan
harta atau sebagai hak hutang mutlak si mati dalam perundangan Islam. Kajian ini
menggunakan kaedah kajian kualitatif dengan mengumpul dan menganalisis data melalui
dokumen, bahan bercetak dan perbahasan para ulama. Hasil kajian merumuskan bahawa
harta sepencarian adalah kaedah pembahagian harta suami-isteri berlandaskan adat untuk
menentu bahagian masing-masing dalam sesuatu tempoh perkahwinan. Ia diumpama
perkongsian harta atau ‟joint matrimonial assets‟ yang perlu diselesaikan terlebih dahulu
sebelum harta itu menjadi milik mutlak si mati untuk dilaksanakan hak-hak seterusnya.
Sehubungan dengan itu, adalah lebih sesuai jika harta sepencarian ini dikategorikan
sebagai hak perhutangan ke atas harta dalam hak-hak harta peninggalan. Kedudukan ini
selari dengan matlamat (maqasid) pensyariatan harta pusaka seperti yang dijelaskan di
dalam perundangan Islam. |
|---|
