Instrumen Kajian Hubungan Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Dan Temperamen Dengan Masalah Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-Kanak: Satu Kajian Rintis
Masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak merupakan satu fenomena sejagat yang berlaku di seluruh dunia. Masalah ini boleh menyebabkan wujud suasana yang tidak kondusif terutama ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak yang mengalami masalah penyesuaian tingkah laku juga berhadapa...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | en |
| Published: |
2017
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/837/1/FH03-FKI-18-13351.pdf http://eprints.unisza.edu.my/837/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak merupakan satu fenomena
sejagat yang berlaku di seluruh dunia. Masalah ini boleh menyebabkan
wujud suasana yang tidak kondusif terutama ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran. Kanak-kanak yang mengalami masalah penyesuaian tingkah
laku juga berhadapan dengan pelbagai risiko dalam hubungan sosial,
perkembangan sosio emosi dan kognitif, personaliti, kesihatan mental dan
fizikal, kesediaan belajar dan ke sekolah, kemahiran literasi dan numerasi
serta kebolehan berbahasa. Tujuan kajian rintis ini adalah untuk mendapat
kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik penglibatan ibu bapa
dalam pendidikan, temperamen dan masalah penyesuaian tingkah laku
kanak-kanak. Instrumen dan ujian tersebut digunakan untuk menilai
penglibatan ibu bapa dalam pendidikan dan temperamen dengan masalah
penyesuaian tingkah laku kanak-kanak Tadika Yayasan Islam Negeri
Terengganu (TYIT). Metodologi kajian melibatkan proses pembinaan
instrumen dan ujian, kebolehbacaan, pemurnian instrumen serta penentuan
kebolehpercayaan serta kesahan instrumen. Sampel kajian terdiri daripada
40 orang kanak-kanak TYIT. Hasil kajian menunjukkan bahawa pekali
kebolehpercayaan untuk instrumen tersebut adalah tinggi, iaitu 0.933 untuk
penglibatan ibu bapa dalam pendidikan, 0.924 untuk instrumen temperamen
dan 0.911 untuk masalah penyesuaian tingkah laku. Bukti kesahan isi
kandungan telah didapati daripada penyemakan panel pakar. Implikasi hasil
kajian ini ialah instrumen tersebut boleh digunakan untuk menilai
penglibatan ibu bapa dalam pendidikan, temperamen dengan masalah
penyesuaian tingkah laku kanak-kanak TYIT kerana instrumen dan ujian
tersebut memenuhi kriteria ciri psikometri kebolehpercayaan dan kesahan. |
|---|
