Penggunaan input pembelajaran bersumberkan pembiayaan tambahan pendidikan kerajaan negeri dan hubungannya terhadap pencapaian pelajar di Hulu Terengganu
Setiap tahun kerajaan telah membuat pembiayaan yang tinggi untuk memastikan semua agenda dalam bidang pendidikan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Namun, pembiayaan pendidikan ini tidak disertai dengan pencapaian pelajar yang memberangsangkan. Kajian ini dibuat adalah untuk melihat hubungan ant...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
2019
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/6749/1/FH02-FKI-20-46798.pdf http://eprints.unisza.edu.my/6749/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Setiap tahun kerajaan telah membuat pembiayaan yang tinggi untuk memastikan semua agenda
dalam bidang pendidikan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Namun, pembiayaan pendidikan ini tidak
disertai dengan pencapaian pelajar yang memberangsangkan. Kajian ini dibuat adalah untuk melihat hubungan
antara penggunaan input pembelajaran berasaskan pembiayaan tambahan pendidikan Kerajaan Negeri
Terengganu terhadap pencapaian pelajar. Responden kajian terdiri daripada pelajar tingkatan enam rendah di
empat buah sekolah di Hulu Terengganu. Sampel kajian adalah 145 orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) tahun 2016. Kajian ini adalah kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah
tinjauan dan menggunakan data rentas masa. Data kajian di pungut menggunakan borang soal selidik dengan
empat konstruk. Tiga konstruk iaitu pengajaran guru, penggunaan bahan pengajaran dan penilaian serta
pelaksanaan program akademik tambahan merupakan input pembelajaran berasaskan pembiayaan tambahan
kerajaan negeri dan satu konstruk motivasi pelajar. Data di analisis menggunakan Program Statistic Package of
Sosial Science (SPSS) version 21 secara deskriptif dan statistik inferensi. Keputusan kajian menunjukkan
bahawa penggunaan input pembelajaran berasaskan pembiayaan tambahan kerajaan negeri mempunyai
hubungan yang signifikan dengan motivasi belajar pelajar. Namun, tidak terdapat hubungan antara penggunaan
input pembelajaran berasaskan pembiayaan tambahan pendidikan kerajaan negeri terhadap pencapaian Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Dapat dirumuskan bahawa, walaupun tidak terdapat hubungan antara penggunaan
input pembelajaran berasaskan pembiayaan tambahan pendidikan kerajaan negeri terhadap pencapaian SPM,
tetapi penggunaan input pembelajaran ini telah meningkatkan tahap motivasi belajar pelajar yang membantu
meningkatkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara tidak langsung. Oleh itu, Kerajaan
Negeri Terengganu wajar meneruskan lagi pembiayaan pendidikan tambahan ini. |
|---|
