Tahap penyesuaian tingkah laku kanak-kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu
Secara tradisi masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak dikaitkan dengan faktor persekitaran dan biologi. Fenomena universal yang berlaku di seluruh dunia ini bukan sahaja tiada bernoktah, malah semakin kompleks mutakhir ini. Masalah penyesuaian tingkah laku yang dialami semasa zaman awal per...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
2017
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/5992/1/FH02-FKI-18-13236.pdf http://eprints.unisza.edu.my/5992/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Secara tradisi masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak dikaitkan dengan faktor persekitaran dan
biologi. Fenomena universal yang berlaku di seluruh dunia ini bukan sahaja tiada bernoktah, malah
semakin kompleks mutakhir ini. Masalah penyesuaian tingkah laku yang dialami semasa zaman awal
perkembangan kanak-kanak mempengaruhi keseluruhan tindak balas individu terhadap hubungan
sosial, personaliti, kesihatan mental dan fizikal, kemahiran literasi dan numerasi, kebolehan berbahasa,
kemahiran komunikasi, motivasi. kesediaan belajar, kesediaan ke sekolah, kebolehan berbahasa dan
kejayaan dalam akademik. Kajian ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkaitan tahap
masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu (TYIT). Masalah
penyesuaian tingkah laku kanak-kanak dinilai berdasarkan tiga kategori masalah penyesuaian tingkah
laku kanak-kanak iaitu hiperaktif-terganggu, permusuhan-agresif dan kebimbangan-ketakutan. Seramai
380 kanak-kanak TYIT menjadi sampel dalam kajian ini. Mereka dipilih secara rawak mudah dari
lapan daerah di negeri Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhannya masalah penyesuaian
tingkah laku kanak-kanak TYIT berada pada tahap yang rendah. Satu bentuk masalah penyesuaian
tingkah laku kanak-kanak berada pada tahap sederhana iaitu hiperaktif-terganggu. Dua bentuk masalah
penyesuaian tingkah laku kanak-kanak berada pada tahap rendah iaitu permusuhan-agresif dan
kebimbangan-ketakutan. Kanak-kanak lelaki menunjukkan tahap masalah penyesuaian tingkah laku
yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak perempuan. Dicadangkan guru menilai dan menyediakan
profil tingkah laku kanak-kanak agar intervensi awal dapat diberi kepada kanak-kanak yang
memerlukan. |
|---|
