Pengurusan Pengajaran Pengetua dan Kompetensi Pengajaran Guru: Perantaraan oleh Efikasi

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan pengurusan kurikulum dan pengajaran oleh pengetua terhadap e:fikasi guru dan kompetensi pengajaran guru, serta kesan effikasi guru dalam hubungan antara pengurusan kurikulum dan pengajaran dengan kompetensi pengajaran. Responden kaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ibrahim, Mohd Yusri, Amin, Aziz
Format: Article
Language:ms
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/4183/1/FH02-FPPP-14-00555.png
http://eprints.unisza.edu.my/4183/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan pengurusan kurikulum dan pengajaran oleh pengetua terhadap e:fikasi guru dan kompetensi pengajaran guru, serta kesan effikasi guru dalam hubungan antara pengurusan kurikulum dan pengajaran dengan kompetensi pengajaran. Responden kajian ialah 481 orang guru daripada 55 buah sekolah menengah harian biasa di Terengganu, Malaysia. Soal selidik PIMRS yang diubah suai digunakan untuk mengukur kepemimpinan pengajaran pengetua dalam dimensi mengurus kurikulum dan pengajaran. Soal selidik TES pula digunakan untuk mengukur e:fikasi guru manakala kompetensi pengajaran guru diukur menggunakan soal selidik yang diubah suai daripada SGM. Data dianalisis menggunakan model persamaan struktur (SEM) berbantukan program AMOS 18. Dapatan menunjukkan bahawa amalan mengurus kurikulum dan pengajaran menyumbang secara signi:fikan terhadap e:fikasi guru (P=0.146, CR=3.075, P=0.002) dankompetensi pengajaran (P=0.335, CR=7.033, P= 0.00). Dapatan juga menunjukkan e:fikasi guru secara positif menyumbang terhadap kompetensi pengajaran guru (P=0.287, CR=6.565, P=0.00). Selain itu dapatanjuga menunjukkan efikasi guru menjadi pemboleh ubah perantara dalam hubungan antara mengurus kurikulum dan pengajaran dengan kompetensi pengajaran guru.