Analisis keperluan aplikasi infografik dalam pembelajaran tatabahasa arab
Metodologi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa Arab sangat sinonim dengan kaedah konvensional yang melibatkan pembelajaran menggunakan buku teks dan berpusatkan pensyarah. Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, setiap ahli akademik perlu turut sama berubah dalam metodologi penyampaia...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | en |
| Published: |
2019
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/2014/1/FH03-FBK-19-34623.pdf http://eprints.unisza.edu.my/2014/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Metodologi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa Arab sangat sinonim dengan
kaedah konvensional yang melibatkan pembelajaran menggunakan buku teks dan
berpusatkan pensyarah. Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, setiap ahli
akademik perlu turut sama berubah dalam metodologi penyampaian maklumat kepada
pelajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran infografik merupakan satu kaedah baru
dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar secara persembahan grafik, terus,
mudah dan berpusatkan pelajar . Kajian ini mengenal pasti keperluan infografik dalam
pembelajaran tatabahasa Arab dalam kalangan Pelajar ISM Pengajian Bahasa Arab
UniSZA. Soal selidik berkaitan keperluan dari segi pengetahuan, penggunaan dan
kandungan modul infografik dalam pembelajaran tatabahasa Arab diedarkan kepada
pelajar yang telah mengambil subjek Kajian Teks Sintaksis Ibnu Aqil. Hasil daripada
dapatan analisis keperluan membawa kepada keperluan pembangunan modul infografik
sebagai bahan sokongan dan memperkaya kaedah pembelajaran murid. Modul ini akan
dihasilkan dalam bentuk yang mampu menarik minat pelajar dalam mempelajari
tatabahasa Arab secara kendiri yang menepati ciri-ciri pembelajaran abad ke-21. |
|---|
