PENAFIAN NASAB ANAK MENGGUNAKAN KAEDAH DNA BERDASARKAN KES-KES YANG DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH SYARIAH DI NEGERI TERENGGANU

Kertas kerja ini merupakan satu kajian mengenai pandangan fiqh kontemporari berhubung dengan penggunaan ujian DNA sebagai cara penafian nasab anak dan pelaksanaannya dalam Mahkamah Syariah di Negeri Terengganu. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jamalludin, Hashim, Ahmad Tirmizi, Taha, Azli Fairuz, Laki, Mohd Badrol, Awang, Syed Mohd Azmi, Syed Ab. Rahman
Format: Conference or Workshop Item
Language:en
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/201/1/FH03-FKI-18-17412.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/201/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini merupakan satu kajian mengenai pandangan fiqh kontemporari berhubung dengan penggunaan ujian DNA sebagai cara penafian nasab anak dan pelaksanaannya dalam Mahkamah Syariah di Negeri Terengganu. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-101 yang bersidang pada 27 September 2012 telah menukilkan pandangan Majma’ al-Fiqh al-Islami yang menetapkan bahawa ujian DNA tidak boleh digunakan untuk menafikan nasab anak apalagi digunakannya mendahului kaedah li`an. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana pandangan Muzakarah ini dipatuhi dalam kes-kes penafian nasab anak menggunakan ujian DNA dalam Mahkamah Syariah di Negeri Terengganu. Kajian ini ialah kajian perpustakaan dengan tumpuan kepada data-data kualitatif yang dikemukakan secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya satu kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah di Negeri Terengganu yang menggambarkan bahawa ujian DNA sebagai satu qarinah yang kuat untuk menafikan nasab anak.