Pembelajaran Nahu Arab Menggunakan Pemetaan Pintar Oleh Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab Di UniSZA
Al-Nahw al-‘Arabi merupakan suatu ilmu yang memiliki ukuran atau kaedah yang tepat dalam menentukan kesahihan sesuatu ayat bahasa Arab. Ia merupakan alat untuk memahami dan menganalisis struktur ayat sehingga tercapai faedah daripadanya. Perkara ini menjelaskan kepentingan pembelajaran ilmu Nahu...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | en |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/1004/1/FH03-FBK-17-08053.pdf http://eprints.unisza.edu.my/1004/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Al-Nahw al-‘Arabi merupakan suatu ilmu yang memiliki ukuran atau kaedah yang tepat dalam
menentukan kesahihan sesuatu ayat bahasa Arab. Ia merupakan alat untuk memahami dan menganalisis
struktur ayat sehingga tercapai faedah daripadanya. Perkara ini menjelaskan kepentingan pembelajaran ilmu
Nahu dalam usaha menguasai bahasa Arab. Dalam situasi semasa, ada dalam kalangan pelajar pengajian
bahasa Arab khususnya daripada kalangan bukan penutur jati yang tidak gemar untuk mempelajari nahu Arab.
Persepsi negatif yang biasanya menghantui pemikiran pelajar ialah nahu Arab merupakan suatu elemen bahasa
atau subjek yang kompleks dan rumit. Keadaan ini boleh ditangani sekiranya proses pengajaran dan
pembelajaran nahu Arab dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan yang lebih kreatif. Berdasarkan realiti
ini, satu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Pemetaan Pintar dalam menguasai
nahu Arab oleh pelajar pengkhususan bahasa Arab. Kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 22 orang pelajar
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal
Abidin (UniSZA). Mereka merupakan pelajar yang mengambil kursus Kajian Teks Siktaksis Ibn ‘Aqil
(BAS3063). Kajian dijalankan melalui beberapa siri ujian untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar dalam
pembelajaran nahu Arab dengan menggunakan Pemetaan Pintar dan sebaliknya. Selain itu, kajian ini juga
melibatkan soal selidik bagi mendapat respons pelajar selepas mempelajari nahu Arab dengan menggunakan
Pemetaan Pintar. Hasil kajian mendapati terdapat peningkatan bagi tahap penguasaan pelajar terhadap nahu
Arab selepas menggunakan Pemetaan Pintar. Selain itu, persepsi mereka terhadap pembelajaran nahu Arab
menggunakan Pemetaan Pintar adalah amat positif dan pada tahap tinggi. |
|---|
