Luahan Emosi di Media Sosial sebagai Kandungan Ciptaan Pengguna dalam kalangan Belia
Kandungan yang dihasilkan pengguna atau User Generated Content (UGC) kini memainkan peranan penting dalam arus budaya yang semakin dipengaruhi oleh teknologi. Belia pula dilihat cenderung untuk meluahkan emosi yang mana ekspresi ini dipengaruhi oleh keinginan untuk mempersembahkan versi kehidupan ya...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | en en en |
| Published: |
UNIMAS
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/51648/3/DOW_NurShaykilah%20Master.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/51648/4/Thesis%20Master%20Nur%20Shaykilah%20binti%20Ali%20Osman.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/51648/5/Thesis%20Master%20Nur%20Shaykilah%20binti%20Ali%20Osman_24%20pages.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/51648/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kandungan yang dihasilkan pengguna atau User Generated Content (UGC) kini memainkan peranan penting dalam arus budaya yang semakin dipengaruhi oleh teknologi. Belia pula dilihat cenderung untuk meluahkan emosi yang mana ekspresi ini dipengaruhi oleh keinginan untuk mempersembahkan versi kehidupan yang sempurna dalam alam maya. Kajian ini mengkaji tentang ekspresi emosi, motif luahan menerusi media sosial dan implikasi setelah meluahkan emosi. Temu bual mendalam telah dijalankan kepada 10 orang Informan menggunakan teknik persampelan snow ball yang memenuhi kriteria kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa media sosial menjadi medium penting untuk belia mengekspresikan emosi berdasarkan kesesuaian platform, tahap privasi, dan budaya penggunaannya. Belia lebih cenderung meluahkan emosi negatif di platform seperti X dan WhatsApp, manakala Instagram digunakan untuk menonjolkan emosi positif. Pilihan media sosial untuk ekspresi emosi ini bukan sahaja mencerminkan fungsi teknikal platform tetapi juga bagaimana belia memahami dan menyesuaikan diri dengan norma sosial dalam ekosistem media digital. Namun begitu, terdapat implikasi terhadap kesejahteraan mental Informan seperti berasa takut, rendah diri, malu dan sakit hati setelah meluah di media sosial kerana tidak selesa dengan pandangan sosial yang diberikan oleh pengguna lain. Kajian akan datang disarankan untuk melihat perbezaan ekspresi emosi dan motif luahan antara generasi berbeza seperti Gen Z, Millennials dan Gen X untuk melihat bagaimana penggunaan media sosial dan ekspresi emosi berbeza mengikut usia. Pengkaji akan datang boleh mengkaji peranan algoritma dan kecerdasan buatan (AI) dalam membentuk ekspresi emosi dan interaksi di media sosial. Termasuklah bagaimana algoritma ini boleh mempengaruhi kandungan yang dilihat dan dibaca oleh pengguna dan kesannya
terhadap kesejahteraan mental.
Kata kunci: Media sosial, Expresi, Emosi, Kesejahteraan mental, Belia |
|---|
