Meneroka Isu Perkahwinan Bawah Umur Dari Perspektif Undang-Undang Perkahwinan Adat di Sarawak

Kajian ini dijalankan untuk meneroka isu perkahwinan bawah umur dari perspektif undang-undang perkahwinan adat di Sarawak. Kajian ini memberi fokus kepada perkahwinan bawah umur yang berkahwin menggunakan undang-undang perkahwinan adat Iban. Seramai sepuluh orang informan yang terbahagi kepada dua k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Flavia Ary Sahwa, Kemarau, Dr Tharshini, Sivabalan
Format: Thesis
Language:en
en
en
Published: UNIMAS 2026
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/51527/3/DOW_%20Flavia%20Ary%20Sahwa.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/51527/4/Thesis%20Master_Flavia%20Ary%20Sahwa.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/51527/5/Thesis%20Master_Flavia%20Ary%20Sahwa_24%20pages.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/51527/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk meneroka isu perkahwinan bawah umur dari perspektif undang-undang perkahwinan adat di Sarawak. Kajian ini memberi fokus kepada perkahwinan bawah umur yang berkahwin menggunakan undang-undang perkahwinan adat Iban. Seramai sepuluh orang informan yang terbahagi kepada dua kategori iaitu enam individu yang berkahwin di bawah umur di bawah undang-undang perkahwinan adat Iban dan kategori empat orang tuai rumah dan penghulu kampung terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk fenomenologikal bagi memahami pengalaman informan berkaitan dengan isu perkahwinan bawah umur dari perspektif undang-undang perkahwinan adat Iban di Sarawak. Hasil kajian mendapati majoriti daripada informan kategori individu yang berkahwin di bawah umur di bawah undang-undang perkahwinan adat Iban kurang mempunyai pengetahuan dan pemahaman terhadap undang-undang perkahwinan adat Iban. Selain itu, kajian ini mendapati bahawa kesemua informan kategori tuai rumah dan penghulu kampung mempunyai pengetahuan serta pemahaman yang agak baik terhadap undang-undang perkahwinan adat Iban dan sangat berpengalaman dalam mengendalikan perkahwinan di bawah umur di bawah undang-undang perkahwinan adat Iban. Berdasarkan kajian ini, diharapkan supaya cadangan untuk melaksanakan kursus pra-perkahwinan kepada individu yang berhasrat untuk berkahwin menggunakan adat Iban bagi membantu memperkenalkan undang-undang perkahwinan adat Iban serta mempersiapkan pasangan tersebut untuk menghadapi kehidupan selepas berkahwin. Kata kunci: Bawah umur, perkahwinan, undang-undang, adat, Iban