Penggunaan Bahasa Merendah untuk Meroket = The use of Humblebragging to self-praise

Kajian ini meneliti penggunaan bahasa merendah (humblebragging) dalam hantaran di media sosial Instagram dan saluran Youtube oleh pempengaruh dan selebriti terkenal di Malaysia. Kajian ini memanfaatkan analisis kandungan dan teknik persampelan bertujuan dengan menggunakan 6 data tangkap layar (scree...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Robiah, Meor Osman, Norfazila, Ab Hamid, Wan Sofiah, Meor Osman
Format: Proceeding
Language:en
Published: 2025
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/51189/2/E-PROSIDING%20PAMBM2024%20-%2017%20DISEMBER%202025%20-%20Copy.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/51189/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini meneliti penggunaan bahasa merendah (humblebragging) dalam hantaran di media sosial Instagram dan saluran Youtube oleh pempengaruh dan selebriti terkenal di Malaysia. Kajian ini memanfaatkan analisis kandungan dan teknik persampelan bertujuan dengan menggunakan 6 data tangkap layar (screenshot) dan transkripsi data perkongsian di Instagram dan video Youtube pempengaruh dan selebriti yang mempunyai unsur humblebragging. Hasil kajian menunjukkan terdapat dua strategi, iaitu Face Aggravation Strategies dan Face Mitigation Strategies digunakan secara silih berganti oleh pempengaruh dan selebriti dalam media sosial yang diteliti. Implikasi kajian ini dari sudut kesantunan mengambarkan masyarakat dalam komuniti maya masih memegang dan mengamalkan sifat merendah diri yang sememangnya terkenal dalam budaya masyarakat Melayu. Dari sudut negatifnya ialah trend berbahasa masyarakat dalam talian mulai berubah dan mencorakkan nilai-nilai negatif seperti narsisistik yang berkaitan dengan psikologi dan masalah mental. Kajian ini merupakan satu kajian yang kurang diteliti oleh ahli bahasa di Malaysia. Kajian sebelum ini banyak menyentuh aspek kesantunan dan ketidaksantunan bahasa di media sosial. Justeru, kajian ini bersifat asli dilakukan bagi meneliti fenomena bahasa merendah untuk meninggikan diri di media sosial. Hasil kajian dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat untuk melihat trend berbahasa kini dan kesan negatif yang berkaitan dengan masalah psikologi dan mental.