Intervensi Visualisasi Tajwid: Keberkesanan Media Flashcard terhadap Pembelajaran Mengingat Huruf Mad (Hukum Nun Sakinah (ْن) dan Tanwin (ـٌـــ ,ـٍـــ ,ًـــ ))
Ilmu tajwid merupakan aspek penting dalam membaca al-Quran kerana ia memastikan setiap huruf dilafazkan dengan betul mengikut makhraj dan sifatnya. Namun, penguasaan hukum tajwid, khususnya hukum nun sakinah (ْن) dan tanwin (ـٌـــ ,ـٍـــ ,ًـــ ), masih lemah dalam kalangan pelajar, terutamanya mere...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
UNIMAS Publisher
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/51002/1/TUR%2BVol%2B8%2BNo%2B2%2B%2810403%29%2Bf44-62.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/51002/ https://publisher.unimas.my/ojs/index.php/TUR/issue/view/292 https://doi.org/10.33736/tur.10403.2025 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Ilmu tajwid merupakan aspek penting dalam membaca al-Quran kerana ia memastikan setiap huruf dilafazkan dengan betul mengikut makhraj dan sifatnya. Namun, penguasaan hukum tajwid, khususnya hukum nun sakinah (ْن) dan tanwin (ـٌـــ ,ـٍـــ ,ًـــ ), masih lemah dalam kalangan pelajar, terutamanya mereka yang berprestasi rendah. Kekeliruan dalam mengenal pasti dan mengaplikasikan hukum serta kekurangan bahan bantu mengajar yang interaktif menjadi antara penyebab utama. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap hukum tajwid tersebut melalui intervensi penggunaan media berasaskan flashcard dalam kelas Halaqah yang direka khusus untuk pelajar program Pendidikan Islam bagi memperkukuh kemahiran bacaan al-Quran mereka. Kajian ini menggunakan model kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) yang melibatkan empat fasa iaitu pemerhatian, perancangan, tindakan dan refleksi. Seramai 40 orang pelajar terlibat, namun hanya 12 orang pelajar berprestasi rendah dipilih sebagai fokus kajian berdasarkan keputusan ujian pra. Intervensi visualisasi tajwid berasaskan permainan media flashcard dilaksanakan selama sebulan bagi membantu pelajar mengenal, mengingat dan membezakan hukum nun sakinah dan tanwin. Hasil kajian menunjukkan peningkatan ketara dalam penguasaan tajwid dalam kalangan pelajar berdasarkan perbandingan ujian pra dan pos. Peningkatan ini dapat dikesan menerusi keputusan ujian pos yang dilaksanakan pada akhir intervensi yang menunjukkan perbezaan ketara antara ujian pra dan pos. Selain itu, peningkatan menerusi pemerhatian juga dilihat dari segi keyakinan diri, kemahiran berkomunikasi, serta keseronokan dalam proses pembelajaran. Penemuan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan media flashcard sebagai intervensi visual mampu meningkatkan penguasaan hukum tajwid secara signifikan melalui pendekatan pembelajaran yang lebih interaktif dan berfokuskan pelajar. Oleh itu, kajian ini menyumbang kepada bidang Pendidikan Islam dengan menawarkan model intervensi pembelajaran tajwid yang terbukti efektif untuk meningkatkan prestasi pelajar berprestasi rendah. |
|---|
