Pengurusan Habitat Manusia: Memahami Tingkah Laku Pengurusan Sisa Pepejal Komuniti di Kampung Sungai Midin, Kuching, Sarawak

Keupayaan dan tingkah laku manusia untuk menjadikan bandar sebagai sebuah ekosistem membuktikan bahawa manusia mampu untuk mempengaruhi persekitarannya. Walaupun banyak perubahan yang berlaku di bandar, proses perbandaran yang dilihat sebagai ukuran kemajuan dalam pembangunan turut meninggalkan damp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Khatijah, Zamhari, Ahmad Farez, Mohamed, Azahan, Awang
Format: Proceeding
Language:en
Published: 2024
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/50967/3/Prosiding%20EHMAP-12.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/50967/
https://www.ukm.my/atma/news/panggilan-kertas-kerja-seminar-antarabangsa-ke-12-ekologi-habitat-manusia-perubahan-persekitaran-di-alam-melayu-ehmap-12-2024/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keupayaan dan tingkah laku manusia untuk menjadikan bandar sebagai sebuah ekosistem membuktikan bahawa manusia mampu untuk mempengaruhi persekitarannya. Walaupun banyak perubahan yang berlaku di bandar, proses perbandaran yang dilihat sebagai ukuran kemajuan dalam pembangunan turut meninggalkan dampak ke atas persekitaran bandar tersebut khususnya habitat manusia. Pencemaran sisa pepejal merupakan fenomena pencemaran yang paling signifikan dalam proses perbandaran akibat daripada tingkah laku penggunaan dan pengeluaran yang tidak lestari. Pendekatan yang holistik perlu dilaksanakan dengan mengambil kira khususnya, penglibatan komuniti dalam mengurangkan jumlah sisa yang dijana. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memahami tingkah laku komuniti di Kampung Sungai Midin, Kuching, Sarawak dalam menguruskan sisa pepejal dan mengenalpasti elemen-elemen yang mempengaruhi tingkah laku tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan iaitu sequential mixed method dengan penggunaan kaedah survei melalui borang kaji selidik, kaedah temubual dan pemerhatian di lapangan. Sejumlah 75 orang responden yang terdiri daripada ketua isi rumah telah menyertai kajian ini dengan persampelan kajian dilakukan secara rawak mudah. Hasil kajian menunjukkan tingkah laku komuniti amat dipengaruhi oleh elemen persekitaran fizikal dan elemen persekitaran sosial. Ciri-ciri persekitraan fizikal dan ciri binaan rumah turut mempengaruhi tingkah laku komuniti dalam pengurusan sisa pepejal. Kekurangan kemudahan pengurusan sisa pepejal juga dilihat menghambat tingkah laku komuniti untuk menguruskan sisa pepejal secara lestari. Seterusnya, kesedaran tentang pentingnya pengurangan sisa di punca perlu diberi penekanan selain memperkasakan komuniti melalui jaringan kerjasama semua pihak berkepentingan ke arah pengurusan sisa pepejal yang lestari.