KESESUAIAN PRINSIP REALISME DENGAN CARA HIDUP MASYARAKAT MELAYU-ISLAM KONTEMPORARI
Pengaplikasian aliran Barat dalam kegiatan kesusasteraan di Malaysia telah menimbulkan banyak perdebatan sehingga mencetuskan polemik sastera yang tidak berkesudahan sehingga kini. Sebagai satu daripada aliran Barat, realisme turut terkesan dengan polemik ini apabila dikatakan tidak sesuai dan g...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
UPSI Press
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/50734/1/4.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/50734/ https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/11648 https://doi.org/10.37134/peradaban.vol20.1.4.2025 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pengaplikasian aliran Barat dalam kegiatan kesusasteraan di Malaysia telah menimbulkan banyak perdebatan sehingga
mencetuskan polemik sastera yang tidak berkesudahan sehingga kini. Sebagai satu daripada aliran Barat, realisme
turut terkesan dengan polemik ini apabila dikatakan tidak sesuai dan gagal menepati konteks masyarakat tempatan
khususnya dalam aspek cara hidup masyarakat Melayu-Islam kerana statusnya sebagai produk yang terhasil daripada
konteks kehidupan yang sangat berbeza terutamanya dari segi agama, budaya, dan nilai kehidupan. Justeru, kajian ini
dilaksanakan dengan tujuan untuk memperincikan pengaplikasian prinsip realisme bagi mengemukakan bukti
kesesuaiannya dengan cara hidup masyarakat Melayu-Islam kontemporari berdasarkan novel-novel mutakhir
Sasterawan Negara Rahman Shaari. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan
berlandaskan prinsip-prinsip realisme Lukacs (1963, 1978, 1989, 1990) terhadap tema sosial dalam novel-novel
mutakhir Sasterawan Negara Rahman Shaari iaitu novel Pernikahan di Lubuk Hantu (2008), Semoga Molek (2012)
dan Cengkaman Hasrat (2015). Kaedah kepustakaan turut digunakan untuk mengenal pasti hubungan karya-karya
yang dikaji dengan realiti cara hidup masyarakat Melayu-Islam kontemporari bagi menjelaskan kesesuaian aliran
realisme dengan cara hidup masyarakat Melayu-Islam. Dapatan kajian ini menunjukkan pengaplikasian aliran ini tidak
menampilkan sebarang percanggahan dan didapati bersesuaian dengan cara hidup masyarakat Melayu-Islam malahan
turut menunjukkan impaknya ke arah memajukan masyarakat. Kesimpulannya, dapatan kajian ini dapat menjadi
sampel bagi membuktikan kesesuaian aliran realisme dengan konteks kehidupan masyarakat Melayu-Islam masa kini
di samping dapat menjadi hujah tentang kebolehaplikasian aliran ini dalam kegiatan kesusasteraan di Malaysia. |
|---|
