Kemampanan Pendidikan Malaysia semasa Era Pasca-Normal : Analisis Faktor, Kesan dan Tindakan dalam Isu-isu Pendidikan di Parlimen

Kajian ini bertujuan menganalisis secara tematik isu-isu pendidikan dalam usaha Malaysia memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4: Pendidikan Berkualiti sepanjang era Pascanormal dalam konteks pendidikan. Kajian deskriptif kualitatif ini menggunakan instrumen Analisis Tematik Braun dan Clarke (2...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Qhidir, Mat Isa, Zuraini, Seruji
Format: Article
Language:en
Published: Parliament of Malaysia, Kuala Lumpur 2025
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/50202/1/Kemampanan%20Pendidikan.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/50202/
https://journalmp.parlimen.gov.my/jurnal/index.php/jmp/article/view/149
https://doi.org/10.54313/journalmp.v5i.149
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menganalisis secara tematik isu-isu pendidikan dalam usaha Malaysia memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4: Pendidikan Berkualiti sepanjang era Pascanormal dalam konteks pendidikan. Kajian deskriptif kualitatif ini menggunakan instrumen Analisis Tematik Braun dan Clarke (2006) ke atas data teks 50 naskhah Penyata Rasmi Kamar Khas. Dapatan menunjukkan bahawa sebahagian besar isu pendidikan di Kamar Khas Parlimen adalah berkait dengan isu infrastruktur, diikuti oleh isu ketersediaan dasar dan keberkesanan program, isu bantuan kewangan kepada institusi pendidikan, serta dasar-dasar lain dalam pelbagai isu. Isu infrastruktur terbahagi kepada dua iaitu permintaan dan keperluan. Implikasi paling ketara mencirikan masalah kepadatan ialah bilangan kelas melebihi kapasiti bangunan sekolah, pengoperasian dua sesi, dan bilangan murid dalam kelas melebihi unjuran. Kerajaan didapati bersifat proaktif menerusi dua garis panduan untuk memenuhi permintaan dan keperluan berkait isu kesesakan. Tema isu pendidikan kedua paling ketara di Parlimen terkait ketersediaan dasar dan keberkesanan program-program pendidikan khusus bagi segmen kelompok marginal iaitu Orang Asli, kanak-kanak orang kurang upaya (OKU), pelarian dan warga tanpa dokumen dengan kebanyakan usul berkait isu ini menyuarakan pelbagai halangan yang dihadapi untuk mencapai akses pendidikan berkualiti. Dampak utama isu ini menyebabkan keterpinggiran kehadiran pelajar ke sekolah mahupun mendapat pekerjaan. Kerajaan didapati mempunyai ketersediaan serta kejelasan dari segi dasar dan program bagi mengatasi isu-isu kelompok ini. Walau bagaimanapun, dasar Malaysia tentang pelarian didapati masih menjadi halangan utama dalam memberikan akses pendidikan kepada kelompok ini. Bilangan usul paling rendah adalah bertemakan sistem pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa – berkemungkinan mengindikasikan keperluan segera dan mendesak bagi menangani isuisu lokal.