KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK, PENUAAN DAN TARAF KESIHATAN KE ATAS PERTUMBUHAN EKONOMI DI MALAYSIA

Penduduk merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang menjadi pemangkin kepada sumber untuk membangunkan ekonomi negara pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, trend semasa di dunia telah menunjukkan peningkatan pesat dalam penuaan populasi, manakala kadar kelahiran penduduk pula menjadi semaki...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zulkefly, Abdul Karim, Nurul Aqilah, Mohd Nuruddin, Bakri, Abdul Karim, Norlin, Khalid, Massita, Mohamad, Ismahalil, Ishak
Format: Book Chapter
Language:en
Published: Bahagian Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara 2025
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/49820/3/Kompilasi%20Geran%20Penyelidikan.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/49820/
https://mprh.lppkn.gov.my/books/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penduduk merupakan aset penting kepada sesebuah negara yang menjadi pemangkin kepada sumber untuk membangunkan ekonomi negara pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, trend semasa di dunia telah menunjukkan peningkatan pesat dalam penuaan populasi, manakala kadar kelahiran penduduk pula menjadi semakin rendah. Malaysia juga tidak terkecuali dalam hal ini. Mengikut jangkaan, negara kita akan menjadi masyarakat menua menjelang 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15% daripada jumlah penduduk. Peningkatan penduduk yang semakin tua menjadi kebimbangan besar kepada negara, terutamanya dalam memastikan kesinambungan stok modal insan yang mencukupi untuk pembangunan masa depan negara. Seiring dengan perkembangan ekonomi negara yang pesat, beberapa indikator kesihatan seperti jangka hayat juga semakin meningkat dan kadar kematian bayi juga menurun. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara pertumbuhan penduduk, peningkatan penuaan dan penunjuk kesihatan dengan pertumbuhan ekonomi di Malaysia menggunakan data agregat dan mengikut negeri. Memahami hubungan antara pertumbuhan penduduk, penuaan, status kesihatan dan pertumbuhan ekonomi adalah penting bagi pihak berkepentingan untuk merangka dan melaksanakan dasar penduduk yang boleh memberi manfaat kepada negara. Kajian ini menggunakan analisis ekonometrik siri masa yang melibatkan model auto regresif lat tertabur dan regresi ambang panel statik untuk menganalisis hubungan antara pertumbuhan penduduk, penuaan dan status kesihatan terhadap pertumbuhan ekonomi. Penemuan kajian ini adalah penting untuk memberikan maklumat praktikal mengenai pelaksanaan dan penggubalan dasar penduduk, dasar kesihatan dan usaha kerajaan untuk kemampanan fiskal dalam jangka masa panjang.